Kejutan kepada tersayang akan membuatkan orang yang anda sayang berasa lebih dihargai. Terbaharu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki memberikan kejutan buat isterinya.

Menerusi video tersebut, lelaki terbabit telah menghadiahkan sebuah supercar jenis Ferrari berharga RM1.2 juta sebagai tanda terima kasih kepada isterinya yang telah melahirkan ramai cahaya mata.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@louisgui_legend_oe

hadiah untuk Bini😱😱 #supercar #ferrari

♬ original sound – Boss Lambo – Boss Lambo

Ketika kejutan tersebut, dapat dilihat orang ramai berkumpul di tepi jalan di Sunway, Petaling Jaya untuk melihat kereta terbabit yang dibawa dengan treler dan dihiasi belon.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berasa cemburu melihat hadiah diterima isteri lelaki tersebut. Malah, segelintir netizen bercakap tentang kekayaan lelaki berkenaan dan kemampuan dirinya daripada segi kewangan untuk membelikan hadiah sebegitu mahal.