Sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung dengan memesan makanan secara delivery terus ke rumah.

Walau bagaimanapun, gaya penghantaran yang dilakukan oleh sebuah restoran di Kuching ini nampaknya agak unik dan telah membuatkan para netizen teruja. Apa yang menariknya adalah restoran Southbank Grill & Chill ini bakal mengambil pesanan menggunakan perkhidmatan WhatsApp dan Facebook serta menghantarnya menggunakan Ferarri F430.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Difahamkan penggunaan Ferrari F430 ini merupakan sebahagian daripada promosi kedai mereka dimana mereka akan menghasilkan video serta memuat naik melalui platform TikTok.

Menariknya, meskipun menggunakan Ferrari yang pastinya menelan belanja yang besar untuk beroperasi, restoran yang mengalami penurunan penjualan sebanyak 95% sejak PKP dijalankan terus melonjak kembali selepas menjalankan kempen Ferrari F430.

0_CEN-MalayFerrari-01
Sumber: Southbank Grill & Chill

Buat anda yang mahukan pengalaman penghantaran makanan menggunakan Ferarri F430, anda boleh menempah makanan di restoran ini dengan pembelian makanan serendah RM100. Sememangnya sebuah idea yang unik dan kreatif sepanjang musim PKP berlangsung.

Pada minggu ini, CEO syarikat penerbangan ini tampil untuk turun padang dengan menjadi runner hantar makanan kepada pelanggan. Turut dikongsikan, mafia di Itali ambil kesempatan dengan menawarkan makanan dan pinjaman tanpa faedah buat orang ramai.

CEO Syarikat Penerbangan Turun Padang Jadi ‘Runner’ Hantar Makanan Kepada Pelanggan

Mafia Ambil Kesempatan, Tawar Makanan Dan Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Rakyat Itali