Melaka telah diwartakan oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Malah, ia turut menawarkan pelbagai tarikan menarik kepada pengunjung termasuk tapak bersejarah, hidangan kulinari, dan pelbagai pilihan pelancongan.

Bagi anda yang mempunyai anak, Melaka adalah destinasi paling tepat untuk anda pergi melancong. Maka, kami akan kongsikan 5 destinasi menarik bawa anak-anak anda untuk ‘day trip’.

Baca Juga:

1. A’Famosa


Kubu Portugis abad ke-16 ini merupakan bangunan Eropah tertua di Asia Tenggara. Terokai kawasan kubu, panjat Santiago Gate untuk melihat permandangan yang cantik dan belajar tentang zaman penjajah Melaka.

2. Muzium Maritim & Muzium Tentera Laut

@eensaputra1984

Muzeum Samudera Melaka, Malaysia #melaka #muzeumsamudera #malaysia #museum #museumsamuderamalaka

♬ Sound Yang Lagi Viral – DJ NADUS

Muzium ini menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk meneroka sejarah maritim Melaka melalui replika kapal Flor de la Mar yang terkenal dan pengunjung akan memahami kepentingan Melaka sebagai pusat perdagangan maritim di masa lalu.

3. Rumah Mamee

@ahmadhunain_

Korang pernah pergi sini? #melaka #mameejonkerhouse #kebulor #jalanjalan

♬ 음악시간 – BGM President

Di sini, kanak-kanak diajar membuat makanan kegemaran mereka sendiri selain boleh melihat karakter kegemaran mereka. Malah, mereka juga boleh bergambar dengan Mamee Monster.

4. Wonderpark Melaka

@_zatybend

Replying to @ik444444hhh👪 Kalau dtg Melaka boleh pegi sini, WONDERPARK THE SHORE, MELAKA 😍 Besttt weyyy bkn anak je boleh main, parents pun boleh have fun sekali 🫶🏻💗 #melaka #wonderpark #wonderparkmelaka #playground #playgroundgames #indoorplayground #indoorplaygroundforkids #indoorplaygroundmelaka #unlimitedplaytime #theshoreoceanariummelaka #theshoremelaka

♬ Moments to Memories – Adeline Hill

Wonderpark Melaka menyediakan pelbagai pengalaman interaktif dan mencabar untuk semua tetamu. Pada masa ini, ia menawarkan lebih 30 permainan menarik yang direka bagi memenuhi citarasa dan keperluan setiap ahli keluarga, daripada Giant Playground Section hinggalah ke STEM4D Max Classroom.

5. Malaysia Heritage Studios

@kakitravel.net

Satu lagi tarikan yang korang boleh pergi kalau ke Melaka! . Malaysia Heritage Studios ni terletak lebih kurang 3 minit daripada tol Ayer Keroh.. Dahulunya kawasan ini dikenali dengan Taman Mini Malaysia namun kini kesemua 14 rumah-rumah tradisional di dalam ini diberi nafas baharu dengan pelbagai dekorasi moden. . 📍Malaysia Heritage Studios Lebuh Ayer Keroh, Ayer Keroh, Melaka . #kakitravel #TravelDalamNegara #CutiCutiMalaysia

♬ original sound – Kaki Travel – Kaki Travel

Malaysia Heritage Studios membolehkan pengunjung menghayati atau merasai perasaan berada di sekitar sesuatu kawasan dengan lebih seronok kerana berbentuk ‘immersive’ dan interaktif. Pengunjung juga dapat lihat karakter atau makhluk lagenda Malaysia seperti Sang Kelembai, mawas, Gajah Mina, semberani, naga Tasik Chini yang menggunakan teknologi animatronik.

Bolehlah anda ke 5 destinasi ini jika ke Melaka dan pastinya dapat memberikan pengalaman berbeza kepada anak-anak anda. Selamat bercuti!