Dengan kehadiran media sosial seperti TikTok, ramai yang mahu berjinak di dalam dunia pencipta konten berbentuk video. Salah satu peralatan penting di dalam pembikinan konten adalah mikrofon wireless terbaik untuk hasil auido yang mantap.

Pemilihan mikrofon yang tepat perlu dibuat agar video yang disajikan tampil lebih menarik untuk ditonton. Jadi, kami sediakan senarai enam pilihan mikrofon wireless terbaik yang boleh didapatkan di dalam pasaran hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Razer Seiren BT

Sumber Gambar: Shopee

Razer Seiren BT merupakan pilihan terbaik buat anda yang mahu menghasilkan konten on-the-go kerana ia kompak serta lengkap dengan teknologi audio yang canggih. Dengan teknologi mikrofon omnidirectional, ia boleh menangkap suara vokal dengan jelas daripada semua arah sekaligus memberikan fleksibiliti.

Mikrofon ini juga telah direka untuk memastikan hasil audio yang jelas pada setiap masa. Menariknya, mikrofon ini turut mudah untuk digunakan kerana mempunyai klip yang boleh disematkan pada pakaian dan paling utama sekali mempunyai aplikasi khas untuk melakukan sebarang tuning pada mikrofon itu.

Jika anda berminat dengan Razer Seiren BT, boleh dapatkan di Shopee dan Lazada pada harga RM539.

Beli Sekarang Razer Seiren BT Di Shopee

Beli Sekarang Razer Seiren BT Di Lazada

2. JOBY Wavo AIR

mikrofon wireless terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Pilihan terbaik dengan harga marhaen sudah semestinya JOBY Wavo Air. JOBY Wavo Air membolehkan anda merakam audio berkualiti broadcast dengan kebebasan bergerak kerana menggunakan wireless. Dari segi jarak operasi, model ini hanya mampu digunakan dalam jangkauan 50 meter sahaja.

Seperti jenama lain, ia membawakan rekaan yang lebih kompak dan mudah dikendalikan sekaligus dapat memudahkan pembikinan konten dengan segera. Ciri lain termasuklah ketahanan bateri mencapai enam jam dan paling utama sekali mempunyai ciri pengurangan angin yang berkesan.

JOBY Wavo Air sedia ditawarkan pada harga RM682 menerusi Shopee.

Beli Sekarang JOBY Wavo Air Di Shopee

3. BOYA BY-XM6 S2

mikrofon wireless terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Untuk penggunaan yang lebih profesional, model mikrofon wireless keluaran BOYA ini bakal memenuhi keperluan audio yang mantap untuk setiap situasi. Ini termasuklah teknologi penstabil transmisi signal, mod rakaman mono atau stereo dan mempunyai slot output yang boleh dipadankan pada pelbagai peranti.

Malah, mikrofon ini juga hadir dengan ciri omnidirection serta sistem pemprosesan audio Hi-Fi dan low-noise. Selain itu, terdapat paparan OLED yang bakal mempamerkan kekuatan transmisi audio dan bateri secara langsung. Mikrofon ini juga boleh digunakan pada jarak sejauh 100 meter dengan ketahanan bateri sehingga tujuh jam lamanya.

Kini anda boleh dapatkan BOYA BY-XM6 S2 di Shopee dengan harga RM699 atau di Lazada berharga RM714.

Beli Sekarang BOYA BY-XM6 S2 Di Shopee

Beli Sekarang BOYA BY-XM6 S2 Di Lazada

4. Rode Wireless Go 2

mikrofon wireless terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda boleh pertimbangkan sebuah model yang dikenali sebagai Rode Wireless Go 2 yang mana cukup terkenal dengan saiz yang kompak serta mesra pengguna. Dengan kemas kini terbaharu, ia boleh beroperasi mencapai jarak 200 meter di samping mempunyai ciri sistem mikrofon dwi-saluran untuk tujuan merakam dua sumber bunyi secara serentak.

Dalam pada itu, kehadiran teknologi digital transmisi 2.4 Ghz bakal memastikan penghantaran signal audio yang lebih stabil yang mana memberikan hasil audio yang lebih baik pada setiap masa. Bateri yang dibekalkan juga mampu bertahan sekitar tujuh jam sekaligus membenarkan anda membuat rakaman tanpa sebarang kerisauan.

Anda boleh dapatkan mikrofon wireless berkualiti ini dengan harga sekitar RM839 melalui Shopee atau di Lazada pada harga RM879.

Beli Sekarang Rode Wireless Go 2 Di Shopee

Beli Sekarang Rode Wireless Go 2 Di Lazada

5. Saramonic Blink 500 Pro B2

Sumber Gambar: Shopee

Kit Blink 500 Pro B2 ini tampil dengan rekaan yang kompak bersama sejumlah ciri menarik yang akan membolehkan anda mendapat hasil audio yang profesional. Bukan sahaja mempunyai kemampuan penawaran audio yang mantap daripada jarak 100 meter, ia mempunyai paparan yang luas untuk memudahkan membuat tetapan atau pemantauan tahap audio.

Kit ini juga menawarkan mikrofon lavalier yang mana dapat memastikan hasil audio yang jelas tanpa gangguan bunyi angin sewaktu rakaman di lokasi terbuka atau ekstrem. Menariknya, anda boleh mengecas kesemua kit peralatan yang diberikan secara serentak di dalam kes yang disediakan.

Kini anda boleh dapatkan Saramonic Blink 500 Pro B2 menerusi Shopee dengan harga RM1,199 atau di Lazada berharga RM1,099.

Beli Sekarang Saramonic Blink 500 Pro B2 Di Shopee

Beli Sekarang Saramonic Blink 500 Pro B2 Di Lazada

Dari pemerhatian yang dibuat, Saramonic Blink 500 Pro dilihat mampu memberikan kemudahan produksi audio yang profesional secara on-the-go di dalam satu pakej lengkap. Mikrofon ini juga sering menjadi pilihan para pencipta konten di luar sana.

Dengan mikrofon wireless terbaik, anda boleh menyajikan konten bertaraf profesional kerana mudah untuk diikuti dengan adanya audio yang padu. Di samping  untuk kepuasan peribadi, anda juga boleh menarik minat klien di luar sana untuk mendapatkan perkhidmatan pengiklanan dan seumpamanya.