Lagu Hasrat oleh Amir Jahari telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) dan pastinya ramai sudah menjangkakan lagu tema filem Imaginur itu akan berjaya menambat hati juri.

Susulan itu, dalam satu sesi live sebelum ini, Amir Jahari mendedahkan dia hanya mengambil masa 5 minit untuk menulis lirik lagu Hasrat.

Baca Juga:

@hairiariff

Rupanya juara #AJL38 cuma ambil masa 5 minit untuk tulis lirik lagu Hasrat. Genius Amir Jahari! 👏👏

♬ original sound – hairi ariff – hairi ariff

“5 minit sahaja saya buat lagu Hasrat itu. Saya baca sinopsis dan terus buat.

“Melodi dan lirik full arrangement mengambil masa 3 hari kerana melibatkan pihak lain.” ujar Amir.

Difahamkan, Amir menulis lagu ini ketika dirinya dalam keadaan ‘berat’ apabila baru mengetahui arwah bapanya disahkan menghidap penyakit kanser dan sudah meninggal dunia pada tahun lalu.

Malah, Amir juga ketika itu berdepan kemurungan dan cuba membunuh diri tetapi telah mendapatkan rawatan pakar sehinggalah sembuh pada tahun 2021. Apa pun, tahniah sekali diucapkan kepada Amir Jahari kena merangkul juara AJL38.