Hari ini bumi kita telah berputar 1.5 milisaat lebih laju daripada kadar putarannya tanpa kita sedari. Ini kerana bumi pada hari ini – 5 Ogos 2025 – berputar lebih laju.

Tanpa anda sedari, hari ini adalah lebih pendek daripada biasa, cuma sistem waktu kita masih kekal dengan 24 jam yang sama.

Menurut laporan pakar astronomi dan saintis global, bumi telah mencatatkan hari yang paling pendek dalam sejarah moden, apabila ia berputar lebih pantas dari kebiasaan.

1.51 Milisaat Lebih Pendek, Tapi Cukup Untuk Bikin Pakar Panik

Walaupun hanya 1.51 milisaat lebih pendek, kesannya cukup besar dalam dunia yang bergantung pada ketepatan masa seperti sekarang.

Misalnya sistem GPS, transaksi bank, pelayan data hinggalah satelit angkasa, semuanya bergantung pada kiraan waktu yang super tepat.

Dan apabila putaran bumi mula berubah, ia boleh beri kesan domino kepada teknologi kita.

Apa Yang Buat Bumi Berputar Lebih Laju?

Para saintis belum sepenuhnya pasti kenapa ini berlaku, tapi beberapa teori telah diutarakan. Antaranya, perubahan dalam teras bumi yang berputar berlawanan arah.

Seterusnya, pencairan ais di kutub yang mengubah keseimbangan jisim Bumi.

Hari Ini 5 Ogos 2025 Bumi Berputar Lebih Laju, Saintis Mungkin Perlu 'Delete' 1 Saat Masa

Selain itu, letusan gunung berapi, gempa bumi, dan faktor pasang surut. Atau mungkin… ada faktor kosmik yang kita belum faham?

Perlu ‘delete’ 1 saat?

Biasanya apabila bumi perlahan, pakar akan tambah satu saat tambahan ke dalam kalendar dunia — dikenali sebagai leap second. Tapi kali ini lain pula.

Kalau trend ini berterusan, dunia mungkin akan buat sesuatu yang tak pernah berlaku sebelum ini iaitu “negative leap second” iaitu buang satu saat dari sistem masa sejagat.

Tak mustahil satu hari nanti jam komputer dan server dunia akan tiba-tiba skip 23:59:59 dan terus lompat ke 00:00:01.

Apa Maknanya Untuk Kita?

Mungkin kita tidak merasa langsung. Tapi dunia digital akan merasai kesannya.

Sebagai contoh, kesilapan lokasi GPS walaupun 1 saat boleh beri ralat beratus meter.

Selain itu, ia boleh memberikan masalah transaksi online, komunikasi satelit dan ramalan cuaca.

Dunia sains mungkin perlu mengubah sistem waktu yang telah digunakan sejak 1972.

Dan siapa tahu, mungkin masa depan, masa di dunia ini akan ada kemaskini seperti software?

Sumber