Perlis, walaupun merupakan negeri terkecil di Malaysia, tetap menyimpan banyak kejutan menarik untuk para pelancong!

Mungkin ramai tidak tahu, tapi Perlis sebenarnya ada pelbagai pilihan penginapan yang unik, selesa dan berbaloi untuk dicuba.

Daripada homestay dalam kebun harumanis, hinggalah ke hotel berdepan laut atau vila privasi yang mesra poket, anda pasti akan jumpa tempat bermalam yang sesuai dengan cita rasa dan bajet.

Jom tengok lima penginapan menarik dan berpatutan di Perlis yang confirm buat percutian hujung minggu anda lebih best!

1. Homestay Kebun Harumanis Wan Pa

@mimieyuzi

Try unique accommodation at Perlis. Kebun Harum Manis Wan Pa memang best, dah lah bilik banyak tema, boleh cycling, bagi ikan makan, berkayak, swimming dan banyak lagi kemudahan disediakan. Worth to try! Bagi korang yang nak mai perlis boleh pakat mai na! #fyp #foryourpage #explorepage #fypシ゚viral #travel #staycation #accomodation #perlis #perlisinderakayangan #kebunharumaniswanpa #visitperlis2024 #visitperlis #mimiejalanjalan #penginapanmurah @ekinssi

♬ Janji – aziz harun

Kalau anda mahukan pengalaman unik tidur dalam kebun harumanis, Homestay Kebun Harumanis Wan Pa adalah pilihan terbaik.

Terletak di kawasan yang tenang, homestay ini memberikan pengalaman menginap yang santai dan mendamaikan. Kolam renang juga ada!

Harga: Bermula sekitar RM100++
Lokasi: Kampung Jejawi, Perlis

2. Putra Brasmana Hotel

@chim_macchiato

Hampa boleh stay kat hotel ni kalau pi Kuala Perlis. Strategik!!! #kualaperlis #life #syukur #appreciate #traveller #putrabrasmanahotel #perlis #hotel #sunset #fypage #appreciatelife

♬ original sound – ilovethe80s

Nak suasana hotel yang selesa dengan harga bajet? Putra Brasmana Hotel pilihan terbaik.

Terletak di Kuala Perlis, hotel ini menawarkan pemandangan laut yang cantik dan lokasi strategik untuk anda yang nak ke Langkawi.

Harga: Bermula sekitar RM120++
Lokasi: Kuala Perlis

3. The Zuley Heritage Hotel

5 Penginapan Menarik Dan Murah Di Perlis Untuk Percutian Bajet

Kalau nak menginap di tempat yang hipster dan instagrammable, The Zuley Heritage Hotel memang pilihan terbaik!

Dengan konsep moden dan harga mesra poket, hotel ini sesuai untuk mereka yang suka mengambil gambar.

Harga: Dari RM100++
Lokasi: Kangar

4. Chupingville

@jom.gi

Replying to @Just Emma ˚ʚ ✿ ɞ ˚ datang perlis wajib duduk sini tau! Betul betul tidur sambil healing 🥹 #chupingville #perlis #triptoperlis #tempattidurperlis #jalanjalanperlis #hotelperlis #reviewhotelperlis #reviewhotel #travelvlog #chupingvilleroomstay

♬ Hasrat (OST Imaginur) – Amir Jahari

Untuk yang suka pengalaman unik, Chupingville menawarkan penginapan dengan suasana desa yang nyaman.

Tempat ini sesuai untuk mereka yang nak lari dari kesibukan bandar dan menikmati ketenangan dalam persekitaran hijau.

Harga: Bermula sekitar RM120++
Lokasi: Chuping, Perlis

5. Jejawi Villas

@ieyma_emma

Contact number homestay: 0134000504☎️ #Homestaywithpool😊 #JejawiPoolCottage #HomestayPerlis #JejawiPoolCottage #kolam🏊‍♂️ #staycation #homestayjejawipoolcottage #kolam🏖️ #fypシ゚

♬ suara asli – RS187 – AR_Story.187

Kalau datang dengan keluarga atau kawan-kawan, Jejawi Villas adalah pilihan terbaik.

Anda boleh menginap dalam vila peribadi yang selesa dan luas tanpa perlu bayar mahal.

Harga: Dari RM150++
Lokasi: Jejawi, Perlis

Perlis mungkin kecil, tapi banyak penginapan menarik yang boleh dipilih ikut bajet dan keperluan anda.

Jadi, kalau plan nak datang ke Perlis, boleh consider menginap di salah satu tempat ni!  Tunggu apa lagi?