Lama dinantikan, akhirnya sejarah tercipta di negeri Perlis apabila rangkaian kedai kopi Starbucks secara rasminya telah dibuka pada hari ini.
Pembukaan Starbucks Kangar Jaya, Perlis ini telah menyaksikan pihak Starbucks menawarkan promosi khas buat 500 pelanggan terawal dengan pembelian melibatkan RM50 dan ke atas.
Dalam pada itu, siapa sangka cawangan Starbucks yang baru sahaja dibuka di Perlis pada pagi ini telah menerima sambutan luar biasa daripada para pelanggan di mana para pelanggan terpaksa beratur panjang sebelum membuat pesanan.
Menerusi perkongsian TikTok @ssmyfg, difahamkan terdapat puluhan kereta yang beratur menerusi lorong drive thru dalam menjadi antara pelanggan terawal yang mencuba Starbucks di Perlis ini.
@ssmyfg 1st day Starbucks di Perlis be like…. #starbucks #starbucksmalaysia #starbucksperlis #drivethru #kangar #perlis
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Pembukaan Starbucks ini juga nampaknya berjaya membuat para netizen teruja selepas lama dinantikan ramai sejak pengumuman pembukaan kedai kopi popular ini.
It's official now. 🎉 https://t.co/dzycMUJ7JG
— AyshahRosli (@ayshahrosli) December 24, 2021
https://twitter.com/alya_wawa/status/1474302387842023426
Perghh perlis dah ada stabak siakk https://t.co/bmq496D6rG
— Danny (@akmaniel) December 24, 2021
Melihat kepada ruangan dalamannya yang luas khusus buat para pelanggan menjamah seleksi hidangan, tidak mustahil Starbucks Kangar Jaya, Perlis akan terus dipenuhi oleh orang ramai dalam tempoh yang panjang.
Sementara itu, foodpanda turut menawarkan promosi untuk tempahan Starbucks dengan sehingga diskaun 15%. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.
Ini Antara Tawaran Menarik Di foodpanda Sebelum Berakhirnya Tahun 2021
Jadikan Straw Coffee Bean Sebagai Pasta, Menu Pelik Lelaki Ini Buat Netizen Keliru