Salah satu lokasi yang menjadi hangat pada ketika ini adalah jalan Pasir Pantai Lanun di Mersing. Hal ini kerana pemandangan yang cukup indah dek kerana kawasan berbukit yang dipenuhi pokok menghijau lalu dikelilingi laut yang biru.

Seperti biasa, apabila sudah viral maka lokasi ini menjadi buruan para peminat fotografi untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Memandangkan kita baru sahaja menyambut Hari Raya Aidiladha dan pulang ke kampung halaman, kelihatan ramai orang berpusu-pusu ke lokasi tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

@lolaestrellaaaa

♬ original sound – Mayat hidup – Mayat hidup

Menerusi perkongsian akaun TikTok @lolaestrellaaaa, terdapat sebuah video dimuat naik memperlihatkan keadaan lokasi viral itu yang mana dipenuhi orang ramai sehingga mengalami kesesakan baru-baru ini.

Kereta dan motor kelihatan bertali-arus untuk masuk dan keluar daripada lokasi tersebut. Sementara itu, orang ramai juga memenuhi ruangan bahu jalan hanya kerana mahu mengambil gambar dengan berlatar belakangkan  keindahan alam di lokasi itu.

Jalan menjadi sesak apabila terlalu banyak kereta yang berada di tempat viral tersebut dalam satu-satu masa di samping ada yang sanggup menghentikan kereta di bahu jalan yang kecil itu.

Menjengah ke ruangan komentar, ramai yang berpendapat lokasi ini menjadi sesak sebaik ia mula viral di media sosial sebagai tempat healing atau fotografi yang cantik.

Sumber Gambar: TikTok @lolaestrellaaaa
Sumber Gambar: TikTok @lolaestrellaaaa
Sumber Gambar: TikTok @lolaestrellaaaa

Sebahagian pengunjung yang biasa ke lokasi tersebut juga mengatakan kini sudah tidak seronok untuk melawat tempat tersebut dek kerana padat dengan orang ramai.