Peniaga online atau peniaga kedai usah buat ini kepada pelanggan ya.

1. Usah pandang mereka tiada duit.

Bila mereka mesej dan kata “Mahalnya produk ni”, beritahu mereka, “Tak apa, saya berikan pakej yang lebih rendah harganya ya Puan”.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Jika mereka masih kata “Ini pun mahal”.

Jawab, “Puan fikir dahulu dan beritahu saya ya bila mahukannya ya. Saya bantu.”

Sambung.

“Dengan kebenaran Tuhan, jika Puan gunakan dapat bantu …… (beritahu nilai). Saya kongsikan mesej pelanggan dengan Puan ya.”

(Kongsikan success story.)

Puan Dira Zaffrina pandai mengendalikan pelanggan. Orang akan cepat rasa selesa dengan beliau.

Mereka (pelanggan) bukan tak ada duit. Mereka mahu tahu nilai dan berbaloi atau tidak untuk mereka pindahkan duit yang sekarang ada dalam bank akaun mereka kepada bank akaun kita.

Usah kecil hati atau geram geram – move on jika tidak tahan.

2. Usah marah mereka minta diskaun.

Ada pelanggan suka bertanya, “Apa freegift?”

lunatots-01

Macam beli komputer atau laptop dapat 13 barang pencuci dan segala mala berus dan kain – kita happy bila dapat je – balik rumah tak pakai pun.

Masukkan dalam harga (kira betul-betul) untuk yang minta freegift.

Pelanggan yang tak minta freegift, boleh tanggung belanja kos penghantaran.

Kalau ada pelanggan yang nak diskaun, nak freegift, nak itu free, ini free – kalau di online balas icon smiley sambil jawab, “Hihi saya suka dapat beri pada Puan namun ini sudah harga istimewa, Puan.”

Kalau depan depan, senyum dan beritahu, “Ala Puan dah banyak kurang harga ni.”

Yang ajar saya ini ialah Tuan Mohd Syafie – pemilik rangkaian butik D’yana.

Berulang kali dia beritahu sambil senyum.

“Harganya sudah rendah dan kualiti kain bukan yang rendah kualitinya. Percayalah ia kain yang akan anda berpuas hati.”

Jangan tarik muka. Walaupun anda jawab di depan handphone je. Orang boleh rasa.

3. Usah lambat pos barang pelanggan.

Biasakan under promise over deliver.

Beritahu barang tiba 2 ke 3 hari bekerja tapi terus bungkus hari ini supaya dia dapat esok.

Kecepatan (speed of service) mampu memujuk rasa.

Kenapa orang suka kedai mamak? Antaranya ialah kerana servis mereka cepat.

Macam Restoren Tam Nasi Ayam, kita baru duduk dah sampai nasi ayam ha gitu.

Tahniah Tuan Az Zubair yang berjaya.

4. Usah merungut di Facebook.

Pelanggan tanya, “Boleh beri penghantaran percuma?”. Kita pun update di Facebook, “Pos Laju tu tak percuma pun.”

lunatots-02

Baru je pelanggan ‘cucuk’, “Kedai sana tu murah.”

Dah terus update, “Pergilah kedai sana $%&@*÷/#.”

Contoh je.

Contoh mestilah over sikit hihi.

Mana tahu pelanggan tu terbaca FB kita, dia tak suka dan rasa tak selesa.

Mana tahu pelanggan baru atau tak pernah jadi pelanggan kita terbaca, dia rasa takut nak berurusniaga. Mana tahu keluar pula printscreen komunikasi kita haha.

Allah pun suka ke tak ya kalau kita update begitu.

5. Usah guna 6 perkataan ini.

(Mungkin sesuai atau mungkin tidak dengan bisnes kalian ya.)

Gantikan tolong kepada bantu.

“Boleh saya bantu Puan untuk mendapatkan produk yang sesuai dengan Puan?”

Gantikan awak kepada Tuan atau Puan.

Ini simple. Tak perlu contoh ye.

Gantikan tak payah kepada tak perlu. Contohnya dalam ayat di atas.

Gantikan mahal atau murah kepada harga rendah/ istimewa/ eksklusif.

Ini kena tengok contoh di bahagian awal penulisan ini seperti di atas. Buat homework sikit.

Gantikan beli kepada pesanan atau dapatkan.

“Puan mahu buat pesanan sekarang?”
“Puan mahu dapatkan promosi ini?”

Gantikan bayar kepada transfer.

Berikan no akaun untuk pelanggan bank-in dengan selesa.

Ayatnya ialah, “Saya berikan no akaun Maybank untuk mudahkan Puan buat transfer bagi pesanan Puan ya. Nombornya ialah 5647*********.”

Ayat di atas panjang sangat? Nak berjaya kena banyak usaha.

Paling utama, minta dari Tuhan untuk bantu kita menerima rezeki dengan tabah.

Pelanggan yang mesra, transaksi yang mudah dan cabaran yang dapat dikendalikan.

Dan kalau kita sebagai pelanggan pun, usahlah dibuli peniaga itu. Mereka pun sedang berusaha (seperti kita) mungkin untuk membayar kelas untuk anak mengaji, kan.