Apabila tiba musim cuti sekolah atau cuti umum, ramai di kalangan ibu bapa tercari-cari lokasi percutian yang menawarkan pelbagai tarikan pada harga berpatutan.
Sebenarnya ada banyak tempat best yang boleh anda kunjungi antaranya taman tema di sekitar negara. Lebih menarik lagi, banyak aktiviti anda boleh buat disana, termasuk mandi-manda, food hunting, main pelbagai permainan yang ada termasuk menginap semalaman.
Bukan saja menyeronokkan, percutian ini lebih mesra poket kerana kebanyakan taman tema ini menawarkan pas tahunan, pakej promosi bermusim dan pakej penginapan istimewa buat warganegara.
Kalau masih mencari destinasi untuk cuti sekolah atau hujung minggu nanti, ini antara taman tema yang patut masuk dalam senarai anda.
1. LEGOLAND Malaysia – Berbaloi ambil pas tahunan walau datang 2-3 kali

Kalau sebut taman tema mesra keluarga, LEGOLAND Malaysia memang antara nama yang sering menajdi bualan ramai.
Bukan sekadar taman tema biasa, ia menghimpunkan taman tema, taman tema air dan SEA LIFE Aquarium dalam satu lokasi. Maksudnya, banyak aktivit yang anda boleh lakukan dalam satu hari. Tak sempat anak nak mengadu bosan.

Selain itu, LEGOLAND turut menawarkan pilihan pas tahunan yang membolehkan anda masuk berkali-kali sepanjang tahun. Jika keluarga anda jenis yang suka staycation atau road trip ke Johor, pas ini sangat menjimatkan poket.
Dapatkan pas tahunan anda di Klook, Agoda, Shopee atau Lazada
Layari untuk maklumat lanjut
2. Genting SkyWorlds – Selalu ada promosi tiket dan hotel

Nak rasa vibe ala-ala Universal Studios? Anda dah tak perlu ke luar negara. Genting SkyWorlds antara pilihan terbaik dengan lebih 20 permainan yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Apa yang membuatkan taman tema ini menjadi pilihan ramai ialah mereka kerap menawarkan pakej hotel + tiket taman tema pada harga yang jauh lebih murah berbanding beli secara berasingan.

Kalau rajin tunggu musim promosi atau cuti sekolah, memang boleh jimat banyak. Tambahan pula cuaca Genting lebih sejuk jadi, selesa walau seharian berjalan.
Dapatkan pas tahunan anda di Klook, Agoda, Shopee atau Lazada
Layari untuk maklumat lanjut
3. Sunway Lagoon – Satu tiket, boleh masuk 6 taman berbeza

Bagi anda yang mahu maksimumkan nilai tiket, Sunway Lagoon adalah pilihan terbaik yang ada.
Dengan satu tiket sahaja, anda boleh menikmati enam zon berbeza termasuk taman tema air, taman teman hiburan, taman hidupan liar, taman tema ekstrem dan banyak lagi.

Walaupun harga asal tiket agak premium, hampir setiap tahun Sunway Lagoon menawarkan pelbagai promosi sempena cuti sekolah, jualan dalam talian dan kempen tertentu. Jadi, kalau beli awal, anda boleh berjimat dengan ketara.
Highlight:
Dapatkan pas tahunan anda di Klook, Agoda, Shopee atau Lazada
Layari untuk maklumat lanjut
4. SplashMania – Taman tema air mesra pengunjung

Sejak dibuka, SplashMania terus menjadi pilihan ramai keluarga yang sukakan aktiviti air.
Daripada gelongsor ekstrem hinggalah kawasan khas untuk kanak-kanak kecil, semuanya direka supaya setiap ahli keluarga boleh turut sama berseronok.
Kalau nada nak tahu, mereka juga sering menawarkan harga promosi, tiket waktu tertentu dan diskaun sempena musim cuti. Sebaiknya, sebelum membeli tiket, memang berbaloi semak laman rasmi terlebih dahulu.
Dapatkan pas tahunan anda di Klook, Agoda, Shopee atau Lazada
Layari untuk maklumat lanjut
5. ESCAPE Penang – Sesuai bagi keluarga yang sukakan cabaran

Anak anda jenis tak boleh duduk diam? Suka kan aktivit lasak? ESCAPE Penang memang syurga buat mereka.
Berbeza dengan taman tema biasa, kebanyakan permainan di sini lebih berasaskan aktiviti fizikal seperti flying fox, memanjat, obstacle course dan permainan air.

Walau bagaimanapun, ramai masih tak tahu yang ESCAPE Penang ada menawarkan pas tahunan untuk pengunjung yang gemar melakukan cabaran fizikal.
Dapatkan pas tahunan anda di Klook, Agoda, Shopee atau Lazada
Layari untuk maklumat lanjut
Nak lagi jimat? Anda boleh ikut tip dibawah:
Sebelum beli tiket, jangan terus checkout. Sebaliknya, semak dulu sama ada taman tema tersebut sedang menawarkan:
- Pas tahunan
- Promosi cuti sekola
- Pakej keluarga
- Kombo hotel + tiket
- Diskaun pembelian awal (online)
Bukan apa, kadang-kadang beza harganya boleh mencecah ratusan ringgit untuk satu keluarga.
Apa yang pasti, sebenarnya kita tak perlu ke luar negara untuk cipta memori bersama anak dan keluarga. Malaysia ssendiri ada banyak tarikan dan taman tema bertaraf antarabangsa yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Cuma anda kena pandai pilih waktu dan manfaatkan promosi yang ditawarkan, barulah percutian bersama anak-anak bukan saja lebih menyeronokkan, malah jauh lebih berbaloi untuk poket.