Berhibur di taman tema merupakan antara aktiviti yang menjadi pilihan ramai orang untuk meluangkan masa bersama tersayang kerana banyak aktiviti boleh dilakukan sekaligus mencipta memori bersama.

Jika sebelum ini kita sering dengar masalah teknikal berlaku di taman tema luar negara di mana roller coaster tiba-tiba berhenti dan sebagainya, hal ini turut terjadi di taman tema terkemuka di Genting Highlands.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @monolidtreasure memaparkan kekecewaannya dan rasa takutnya apabila mahu menaiki salah satu ‘rides’ tersedia di taman tema tersebut.

@monolidtreasure

Technical issue when its almost my turn…😨 #genting #gentingskyworlds #gentingoutdoorthemepark

♬ original sound – Jaclyn | beauty & fashion

Menerusi video yang dikongsikannya, ‘rides’ yang patut dinaikinya mengalami masalah teknikal sebelum gilirannya dan dia terpaksa membatalkan hasrat untuk menaikinya.

Malah, terdapat pengunjung yang tergantung pada permainan tersebut dan detik tersebut cukup mencemaskan. Video itu telah tular di media sosial dan ada juga pengguna TikTok yang berkongsi detik cemas menaiki permainan lain di taman tema terkemuka itu.

@thesandaily

Genting Skyworld Outdoor Themepark first ever experience be like~ sooooo disappointed and traumatizing… 🥲🥲🥲 watch til the end.. #gentingoutdoorthemepark #tiktokmalaysia #gentingskyworlds #gentinghighlandsthemepark #malaysiagentinghighland

♬ Oh No – Kreepa

Walau pun mereka selamat tetapi detik cemas tersebut pastinya menghilangkan keseronokan mereka pada hari itu. Menjengah ke media sosial, rata-rata netizen mengatakan hal tersebut sepatutnya tidak terjadi dan pihak taman tema seharusnya memastikan permainan mereka selamat untuk pengunjung.