Penumpang Malaysia Airlines (MAS) yang baru-baru ini terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India selama 57 jam, kini telah menyuarakan kemarahan mereka kepada respons syarikat penerbangan tersebut terhadap situasi itu yang dianggap mimpi ngeri.

Salah seorang penumpang yang nama enggan namanya disiarkan, mendedahkan bahawa syarikat MAS dan pihak berkuasa imigresen India saling menyalahkan salah satu sama lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau mengkritik ketidakmampuan MAS dalam menyediakan maklumat terkini sepanjang episod tersebut, termasuk ketidakmakluman terhadap pemindahan tempahan tiket ke penerbangan lain.

Penerbangan Malaysia Airlines MH165 dari London ke Kuala Lumpur dilencongkan ke Mumbai pada 23 Nov berikutan persinggahan di Doha kerana “isu teknikal yang tidak diduga”.

Menerusi kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata, penumpang disediakan penginapan, makanan dan pengangkutan sementara pegawainya berusaha menyelesaikan masalah itu, yang dikaitkan dengan “dasar imigresen di Mumbai”.

Seorang penumpang, Sheela June Flaminia Naidu dari Itali, menggambarkan pengalaman tersebut sebagai “mimpi ngeri” dan mengadu tentang kurangnya kemas kini mengenai situasi tersebut.

Katanya lagi, ketiadaan WiFi di lapangan terbang menyebabkan para penumpang tidak dapat menghubungi MAS pada 24 Nov. Mereka diberikan akses WiFi pada hari berikutnya, namun sekadar 45 minit sahaja.

Naidu berkata, beliau telah menghubungi MAS untuk bertanyakan tentang pampasan, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas.

Beberapa penumpang lain turut berkongsi pengalaman tidak menyenangkan mereka, termasuk kekurangan makanan dan minuman yang berkualiti serta kegagalan dalam memberikan maklumat yang memadai.

Ada juga yang mengkritik keputusan MAS untuk tidak memberikan penjagaan, sokongan, atau komunikasi yang mencukupi kepada penumpang terbabit, terutama yang berasa lebih teruk dan takut berbanding yang lain.

Dalam respons, jurucakap MAS menyatakan bahawa mereka hanya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen India. Beliau menambah bahawa MAS sepatutnya lebih proaktif dalam berkomunikasi dengan penumpang terlibat dan menangani tuntutan dan pampasan untuk mereka.

Sumber