Kita sudah pun berada di permulaan awal tahun 2023, salah satu aksesori teknologi yang wajib dimiliki adalah CCTV wireless. CCTV jenis wireless ini sangat mudah untuk dipasang dan boleh disambung dengan aplikasi untuk pemantauan secara live dari telefon pintar sahaja.

Terdapat banyak jenama yang memperkenalkan CCTV wireless dengan harga yang berpatutan. Di sini, kami akan menyenaraikan sejumlah model CCTV wireless berbaloi yang anda boleh pertimbangkan untuk pemantauan di kawasan rumah dengan lebih efektif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. D-Link Wireless CCTV DCS-6501LH

Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh dapatkan sebuah kamera CCTV yang serba guna  dengan harga di bawah RM100 menerusi model D-Link DCS-6501LH. Model ini hadir dengan saiz yang kompak sekaligus memudahkan ia dipasang pada ruang yang kecil.

Menariknya, model ini juga menawarkan ruangan cloud tanpa had untuk menyimpan rakaman sepanjang hari serta menyokong arahan menggunakan suara menerusi pembantu maya seperti Alexa dan Google Assistant. Dengan adanya mikrofon, anda boleh mendengar bunyi audio dengan baik pada video yang dipaparkan.

Sekiranya anda mahu mendapatkan D-Link Wireless CCTV DCS-6501LH, kini sedia dijual pada harga RM75 menerusi Shopee atau pun di Lazada yang berharga RM129.

Beli Sekarang D-Link Wireless CCTV DCS-6501LH Di Shopee

Beli Sekarang D-Link Wireless CCTV DCS-6501LH Di Lazada

2. Tenda CP7

Sumber Gambar: Shopee

Tenda CP7 tampil dengan sejumlah ciri menarik dalam masa yang sama kekal dengan harga berpatutan.  Model CP7 ini boleh dilaras 360° mendatar, 155° menegak dengan resolusi 1080P Full HD. Selain itu, kamera ini mempunyai sokongan audio dua hala yang membolehkan anda berkomunikasi menerusi kamera dari jarak jauh.

Bukan itu sahaja, ciri menarik yang turut ditawarkan termasuklah pengesan pergerakan pintar yang boleh mengesan objek dengan tepat lalu menghantar amaran kepada anda secara live, boleh menyimpan video di dalam kad SD dan cloud sekaligus. Untuk rakaman malam pula, kamera ini dilengkapi night vision untuk tawarkan imej yang lebih jelas.

Kini anda boleh dapatkan Tenda CP7 ini pada harga RM145 menerusi Shopee atau di Lazada berharga RM159.

Beli Sekarang Tenda CP7 di Shopee

Beli Sekarang Tenda CP7 di Lazada

3. Xiaomi Mijia 360 IP Wireless CCTV

Sumber Gambar: Shopee

Antara jenama yang sedia menawarkan CCTV berbaloi sudah semestinya Xiaomi. Xiaomi Mijia 360 IP ini boleh memantau kawasan sehingga 360° mendatar, 108° menegak dengan resolusi 1080P Full HD. Selain itu, kamera ini juga menyokong kad memori sehingga 128GB serta mempunyai lensa apertur yang besar bagi mendapatkan imej yang jelas.

Menariknya,  model ini juga mempunyai audio dua hala di mana anda boleh berkomunikasi dengan orang di rumah menerusi CCTV sahaja. Terdapat beberapa ciri menarik lain seperti advanced night vision, pengesan pergerakan dan kawalan pintar menerusi suara dengan Google Assistant.

Kini anda boleh dapatkan antara pilihan terbaik di dalam pasaran dengan harga RM179 menerusi Shopee dan di Lazada dengan harga RM145.49.

Beli Sekarang Xiaomi Mijia 360 IP Wireless CCTV di Shopee

Beli Sekarang Xiaomi Mijia 360 IP Wireless CCTV di Lazada

4. TP-Link Tapo C310 IP Wireless CCTV

cctv wireless berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Buat anda yang mahukan CCTV serba tahan lasak dan canggih, TP-Link Tapo C310 sedia beroperasi dengan baik di dalam pelbagai senario. Hal ini kerana CP310 mempunyai ciri kalis air serta dilengkapi dengan kamera berdefinisi tinggi untuk rakaman yang jelas sepanjang hari di kawasan rumah.

Di samping itu, anda juga boleh mengakses kamera dengan mudah menggunakan WiFi di samping mengawal tetapan dan juga melihat playback rakaman menerusi aplikasi Tapo. Terdapat juga sistem penggera automatik yang bakal memancarkan cahaya serta membunyikan penggera selepas mengesan individu yang tidak dikenali.

Anda boleh dapatkan CCTV keluaran TP-Link pada harga RM195 di Shopee sementara di Lazada sekitar RM225.

Beli Sekarang TP-Link Tapo C310 IP Wireless CCTV di Shopee

Beli Sekarang TP-Link Tapo C310 IP Wireless CCTV di Lazada

5. Ezviz C3W Pro CCTV IP Camera

cctv wireless berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Menerusi CCTV dari Ezviz C3W Pro, visual malam yang dihasilkan akan lebih terang dan jelas dengan adanya upgraded color night vision yang telah disertakan dengan algoritma AI untuk memberikan pengesanan seseorang dan maklumat yang lebih tepat walaupun dalam gelap.

Kamera ini boleh mengawasi kawasan liputan yang yang lebih besar dengan 360° mendatar dan membolehkan anda melihat video dan imej dalam resolusi lebih tinggi daripada 1080P. Ciri keselamatan yang ditawarkan termasuklah mengaktifkan siren yang kuat serta memancarkan lampu sebaik penceroboh dikesan.

Anda boleh dapatkan Ezviz C3W Pro CCTV IP Camera menerusi Shopee pada harg RM329 atau di Lazada berharga RM299.

Beli Sekarang Ezviz C3W Pro CCTV IP Camera di Shopee

Beli Sekarang Ezviz C3W Pro CCTV IP Camera di Lazada

6. Anker T8131 Security Camera

cctv wireless berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh mencuba sebuah kamera CCTV yang ditawarkan oleh jenama Anker. Model T8131 ini boleh merakam video atau imej dengan resolusi 2K yang lebih jelas di dalam sebarang situasi. Selain itu, setiap rakaman akan disimpan di dalam storan awan dengan data dilindungi oleh ciri keselamatan bergred ketenteraan.

Ditambah pula terdapat teknologi AI yang akan memberikan notifikasi jika seseorang berdekatan premis dan mampu membezakan binatang dan manusia dengan tepat jadi hanya menghantar amaran apabila perlu sahaja. Selain itu, anda juga hanya perlu lekatkan kamera ini pada tempat yang mahu diawasi dengan mudah.

Model ini boleh didapatkan pada harga RM799 di Shopee atau sementara di Lazada berharga RM588.

Beli Sekarang Anker T8131 Security Camera Di Shopee

Beli Sekarang Anker T8131 Security Camera Di Lazada

CCTV yang dilihat sangat berbaloi dengan pelbagai fungsi menarik padanya adalah Xiaomi Mijia Smart IP Camera. Kamera sekuriti ini bukan sahaja mempunyai kualiti kamera yang baik dengan meliputi kawasan luas, bahkan terdapat beberapa teknologi yang membuatkan ia lebih mesra pengguna.

Sebagai konklusinya, anda boleh dapatkan mana-mana model yang bersesuaian dengan bajet anda dalam memastikan keselamatan kawasan rumah atau premis yang diduduki. Malah, rakaman video pula digunakan sebagai bukti sekiranya berlaku pencerobohan kelak.

Sumber