Pengguna lebuh raya PLUS dinasihatkan untuk merancang perjalanan masing-masing susulan notis penutupan sementara di beberapa lokasi Hentian Sebelah dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang bulan September 2026.
Penutupan ini dilakukan bagi memberi ruang kepada aktiviti pembersihan secara menyeluruh demi keselesaan dan kebersihan pengguna.
Walau bagaimanapun, stesen minyak di semua lokasi yang terlibat akan kekal beroperasi seperti biasa, petik notis yang dikeluarkan.
Jadual penutupan sementara bagi lokasi-lokasi yang terlibat:
1. Hentian Sebelah Serdang (Utara) – 2 September 2026, 10:00 pagi – 4:00 petang
2. Hentian Sebelah Serdang (Selatan) – 3 September 2026, 10:00 pagi – 4:00 petang
3. Hentian Sebelah Nilai (Utara) – 8 September 2026, 10:00 pagi – 4:00 petang
4. Hentian Sebelah Nilai (Selatan) – 9 September 2026, 10:00 pagi – 4:00 petang
5. Kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Utara) – 15 September 2026, 10:00 pagi – 4:00 petang
6. Kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Selatan) – 17 September 2026, 10:00 malam – 5:00 pagi
PEMBERITAHUAN
Penutupan sementara lokasi-lokasi di bawah untuk aktiviti pembersihan secara menyeluruh.
Sila rancang perjalanan anda dan pandu cermat.#Pembersihan#PLUS_comfort pic.twitter.com/90KjtLBBhk
— PLUS Malaysia Berhad (@plus2u) September 1, 2026
Sehubungan itu, PLUS meminta pengguna lebuh raya agara memandu cermat dan pastikan merancang hentian rehat dengan teliti agar perjalanan kekal selesa dan lancar.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web PLUS atau hubungi PLUSLine di 1800-88-0000.