Pasti ramai sudah yang tak sabar untuk balik kampung sempena sambutan cuti Perayaan Tahun Baru Cina ini kan? Jika ya, Pastikan muat turun dahulu aplikasi PLUS kerana anda berpeluang memenangi baucar membeli-belah bernilai RM20,000!

Pengguna lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berpeluang memenangi baucar ini apabila mematuhi perjalanan mereka yang telah didaftarkan dengan MyPLUS-TTA di dalam Aplikasi PLUS bagi perjalanan di antara 8 hingga 13 Februari 2024. Pada tarikh ini, jumlah trafik dijangka akan meningkat sehingga mencecah 2 juta kenderaan sehari.

My-PLUS TTA yang telah dilancarkan oleh Menteri Kerja Raya baru-baru ini, merupakan pendekatan digital PLUS untuk membantu orang ramai merancang dan memilih masa perjalanan yang paling sesuai.

Inisiatif MyPLUS-TTA ini adalah komitmen dan sebahagian usaha PLUS untuk meningkatkan keselesaan para pengguna lebuh raya semasa musim-musim perayaan menerusi pengagihan trafik berdasarkan data dan pola perjalanan pada musim-musim perayaan yang lalu.

Mana mana hendak daftar?

Pengguna lebuh raya PLUS boleh mendaftarkan perjalanan mereka sekarang dan memilih waktu perjalanan yang paling optimum untuk perjalanan musim perayaan Tahun Baru Cina di antara 8 Februari hingga 13 Februari yang akan datang.

Caranya juga memang sangat mudah;

1. Buka aplikasi PLUS dan pilih destinasi perjalanan dan tarikh

Apabila anda buka aplikasi PLUS, anda akan nampak logo kepala naga di bahagian bawah. Klik logo tersebut dan anda perlu pilih tarikh serta destinasi perjalanan anda.

1. Pilih masa perjalanan anda dan isi butiran

Selepas itu, pilih masa perjalanan anda. Pihak PLUS akan memberi cadangan bila masa terbaik untuk anda buat perjalanan. Selepas itu, isikan butiran anda dan siap!

Seramai 115 pengguna lebuh raya PLUS yang mendaftar dan mematuhi waktu menerusi aplikasi MyPLUS-TTA dalam tempoh tersebut akan dipilih sebagai pemenang.

Lima belas pemenang akan menerima hadiah utama yang berupa baucar beli belah yang bernilai RM1,000 setiap satu. Manakala, 100 pemenang saguhati pula bakal menerima 8,800 mata ganjaran PLUSMiles yang dikreditkan ke dalam akaun PLUSMiles mereka untuk menebus pelbagai ganjaran menarik seperti baucar kredit e-dompet atau aneka makanan dan minuman di R&R terpilih sepanjang lebuh raya PLUS.

Pengguna yang telah mendaftarkan pilihan waktu perjalanan mereka menerusi aplikasi MyPLUS-TTA akan turut mendapat akses kepada notifikasi maklumat trafik terkini terus ke telefon bimbit masing-masing berdasarkan destinasi dan tarikh perjalanan yang telah dipilih.

Pihak PLUS Malaysia baru-baru ini telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang MYPLUS-TTA sempena perayaan Krismas dan Tahun Baru yang lalu di mana pemenang utama membawa pulang kad e-gift bernilai RM1,000! Memang tersenyum lebar para pemenang.

Rugi jika anda balik kampung dan tidak mengisi MYPLUS-TTA ini kerana setiap penyertaan adalah PERCUMA dan jika bertuah, andalah antara pemenang baucar RM20,000 daripada PLUS ini nanti.

Muat turun aplikasi PLUS secara percuma menerusi Google Play Store bagi peranti Android atau App Store bagi pengguna iPhone. Semoga berjaya!