Pada ketika ini, heboh di media sosial berkenaan dakwaan minyak paket bersubsidi yang diseludup kepada warga asing. Namun realitinya permintaa minyak yang tinggi ini disebabkan oleh penggunaan yang tinggi di kalangan pengguna mikro yang tidak layak.

Mengikut perkongsian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada sidang semalam, didapati sebanyak 60% daripada 60 juta minyak masak paket diguna oleh kumpulan mikro itu. Setakat ini, tiada sebarang tindakan dikenakan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Baca Juga:

Maka melalui pendekatan subsidi bersasar penggunaan minyak masak ini kelak akan difokuskan kepada golongan B40, diikuti sebahagian M40 serta peniaga mikro yang terpilih. Setakat ini, dijangka jumlah itu bakal melibatkan 5.8 juta isi rumah di Malaysia.

Seterusnya bagi memperhalusi lagi isu kekurangan bekalan yang diutarakan, KPDN berhasrat meningkatkan pengumpulan data mereka melalui sokongan digital. Ketika ini sebarang semakan dilaksanakan menerusi Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) dan berdasarkan sistem itu tiada rekod ketirisan direkodkan.

Hal ini sekaligus menunjukkan terdapat aktiviti pembungkusan semula berlaku, yang mana berpotensi menyebabkan berlakunya penjualan harga yang lebih mahal di pasaran.

Susulan itu, dalam menangani isu KPDN menasihati semua pihak agar kemukan aduan kepada pihak berkuasa bagi membantu pentadbiran lokaliti yang menjual barangan kawalan pada kadar lebih paras yang ditetapkan.

Sumber