Kecoh baru-baru ini apabila Ekin Rahmat selaku isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi meluahkan rasa terkejut terhadap kedai makan laut yang dikunjunginya di Johor Bahru apabila dikenakan caj sebanyak RM1,260 untuk set hidangan makanan laut untuk 20 orang.
Aduan yang dikongsikan di media sosial sekaligus telah mendapat perhatian pihak pekedai yang tampil menjelaskan pelanggan yang hadir dalam jumlah 20 orang ini memesan seperti pari bakar, siakap 3 rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam cili dan siput gonggong.
Baca Juga:
- Didakwa Caj Makanan Mahal, Pemilik Kedai Makan Di Johor Ini Sangkal Tuduhan Isteri Mawi
- Penangan Kieda Crepe, Pelanggan Di Ipoh Sanggup Beratur Lebih 3 Jam Demi Mendapatkannya
LAHHHH 20 ORANG MAKAN RUPANYA!!!
pic.twitter.com/A35TxNuLqK https://t.co/TR2T2lhn4v
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) October 4, 2023
Terbaharu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor dilaporkan telah mengambil tindakan mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna iaitu harga yang mengelirukan.
Menurut pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo pemantauan dilakukan semalam berikutan kedai ditutup kelmarin.
“Penguat kuasa sudah memantau harga dan operasi kedai makan itu dan sudah mengambil tindakan sesuai. Bagaimanapun kes masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi.
Ekin Rahmat dikatakan hanya memesan dua ekor ikan yang bersaiz sederhana dan beberapa menu makanan laut namun terkejut selepas melihat resit harga yang dikenakan kedai terbabit.
Mereka juga didakwa tidak meletakkan tanda harga dan menyatakan hanya ikut harga pasaran.