Beberapa bulan lalu heboh cerita Mawi dan Ekin mendakwa mereka telah ditipu oleh peniaga makanan laut yang dianggap meletakkan harga tidak munasabah.

Pada masa itu, Ekin telah memuat naik hantaran di media sosial dimana meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj melampau berjumlah RM1,260 di sebuah kedai makan di Johor Bharu.

Baca Juga:

Dalam satu perkongsiannya di Instastory, Ekin menjelaskan dia tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan kedai terbabit. Sebaliknya, tujuannya berkongsi adalah untuk mendapatkan respon netizen.

Ekin berharap agar peniaga lebih telus dalam berniaga dan tidak cekik darah.

Susulan itu, pemilik kedai makan yang dituduh mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut bagi kira-kira 20 anggota keluarga selebriti tersebut tampil membuat penjelasan berhubung isu terbabit.

Namun Ekin membalas balik bahawa resit yang dikemukakan peniaga tersebut tidak sama dengan resit yang dia terima.

“Saya ada lihat video penjelasan makcik berkenaan dan resit dipaparkan tidak sama dengan apa yang diberikan kepada saya.”

“Resit asal tidak ada butiran terperinci untuk setiap hidangan seperti yang disebut dalam video ini.”

Didakwa Caj Makanan Mahal, Pemilik Kedai Makan Di Johor Ini Sangkal Tuduhan Isteri Mawi

“Jika ditulis semua butiran dalam resit asal, rasanya tidak timbul isu seperti ini.”

“Saya juga ingin menjelaskan, bilangan anggota keluarga yang makan pada hari berkenaan bukanlah 20 orang seperti dinyatakan.

“Semuanya, 16 orang iaitu 10 dewasa, empat kanak-kanak dan dua bayi.”

“Saya ada bukti bergambar jika ada yang meraguinya,” katanya  lagi.

“Saya ada lihat video penjelasan makcik berkenaan dan resit dipaparkan tidak sama dengan apa yang diberikan kepada saya.”

“Resit asal tidak ada butiran terperinci untuk setiap hidangan seperti yang disebut dalam video ini.”

“Jika ditulis semua butiran dalam resit asal, rasanya tidak timbul isu seperti ini.”

“Saya juga ingin menjelaskan, bilangan anggota keluarga yang makan pada hari berkenaan bukanlah 20 orang seperti dinyatakan.

“Semuanya, 16 orang iaitu 10 dewasa, empat kanak-kanak dan dua bayi.”

“Saya ada bukti bergambar jika ada yang meraguinya,” katanya kepada BH Online.

Selepas beberapa bulan kes itu berlaku, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hiduo (KPDN), Fuziah Salleh mengesahkan bahawa peniaga tersebut sudah dikenakan kompaun RM1,500.

Ini kerana peniaga itu melakukan dia kesalahan, iaitu tidak meletakkan tanda harga (didenda RM500) dan terdapat unsur unsur pencatutan harga iaitu dengan meletakkan harga yang tidak munasabah (didenda RM1,000).

Fuziah berkata hukuman itu bukannya mahu menutup periuk nasi peniaga namun lebih kepada pengajaran kepada peniaga agar tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama di masa akan datang.

Dipetik dari Utusan Online, Fuziah berkata: “Perkara ini seharusnya dijadikan pengajaran buat kedua-dua pihak.”

“Peniaga perlu berniaga dengan telus manakala pengguna perlu tahu harga produk atau makanan yang dibeli mereka, pengguna ada hak untuk tahu sebelum beli.”