Semalam, Mazlan atau dikenali Lan Pet Pet yang merupakan seorang pelawak dan anggota kumpulan Senario telah memulakan tugas pertamanya sebagai pembantu peguam di sebuah syarikat guaman yang mengendalikan kes jenayah di Kompleks Mahkamah Alor Setar.
Menurut laporan, Lan Pet Pet mengambil masa tujuh bulan untuk belajar dan berlatih dalam selok belok pekerjaan baharunya itu termasuk mempelajari etika berpakaian, bercakap dan juga ketika berada di dalam kamar mahkamah.
Lan Pet Pet juga megatakan jika selepas ini ditawarkan untuk memegang watak sebagai peguam dalam filem atau drama, dia pasti tidak akan menolak. Malah, dia akui pasti dapat menjiwai watak diberikan dengan sepenuh hati.
Menurut Peguam Datuk Dr Aswandi Hashim dari Aswandi Hashim & Co, tempoh 7 bulan yang diberikan kepada Mazlan digunakan sebaik mungkin untuk menyesuaikan diri dengan kerja barunya.
Tambahnya lagi, Mazlan dan dirinya merupakan sahabat sejak kecil namun terpisah sejak 25 tahun lalu. Malah, dia turut memberikan kontrak setahun kepada Mazlan untuk mendalami undang-undang.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Lan Pet Pet pada pautan di bawah ini.
Lan Pet Pet Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Selepas Dituduh Berurusan Jual Beli ‘Barang’
Tular Video Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Tampil Jelaskan Perkara Sebenar