Setiap negara pasti miliki tradisi atau adat resam yang diamalkan oleh rakyatnya.
Sementara untuk warga tempatan lihat ia sebagai sesuatu yang normal, bagi pelancong luar yang datang ke negara tersebut pasti mempunyai perspektif yang berbeza.
Baru-baru ini, seorang expat dari British berkongsi tujuh perkara yang menurutnya sesuatu yang ‘gila’ hanya diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Pertama sekali, dia berpendapat budaya sarapan dengan juadah yang berat seperti nasi lemak bersama sambal yang pedas adalah sesuatu yang masih tidak boleh dihadamnya.
“Kami di UK mungkin makan bijirin, roti telur, sementara Malaysia makan nasi, bebola ikan dan sambal, makanan yang pedas di pagi, Apa?”, soalnya dengan nada terkejut.
Kedua pula, meninggalkan kasut di luar sudah menjadi norma di sini namun berbeza dengan penerimaan di UK.
“Jika di UK, kasut anda pasti akan dicuri jika ditinggalkan di luar rumah. Ini sebabnya majoriti rumah di UK mempunyai lantai yang kotor tetapi berbeza senario di majoriti kediaman warga Malaysia yang sentiasa bersih. Jadi, tahniah,” ujarnya.
Menariknya, dia juga sudah beradaptasi dengan budaya positif ini di dalam hidupnya.
Budaya pergi melepak di pusat membeli belah juga merupakan sesuatu yang dianggap ‘unik’ buat expat tersebut.
Menurutnya, di UK, lokasi pusat membeli-belah di sana selalunya terletak jauh dari kawasan rumah dengan jarak mencecah 40KM.
Oleh itu, menjadi norma buat mereka bertemu di pub atau di kediaman kenalan sahaja yang berada dalam radius yang lebih dekat.
Bagaimanapun, dia berseloroh mengetahui rahsia mengapa warga setempat gemar pergi ke pusat membeli-belah adalah kerana kesejukan penghawa dingin dan ini fenomena ini tidak akan terjadi di UK.
Yang ke-empat pula, dia paling terkejut dengan kuasa isyarat angkat tangan buat pejalan kaki untuk menyeberang lalu lintas di Malaysia.
“Apabila saya mula-mula datang ke sini, saya fikir ia sangat gila. Di UK, jika anda melakukannya, anda tidak akan hidup lagi. Di sini, ia biasanya berfungsi dan orang mempunyai hormat, walaupun dalam kereta,” tambahnya.
Yang ke-lima, budaya makan tengah malam yang biasa dilakukan oleh warga tempatan sehinggakan ada kedai makan sedia membuka kedai sampai lewat kerana mempunya permintaan yang tinggi.
” Di UK, kita biasanya makan makanan terakhir pada pukul 4. Dan kita tidak makan lepas pukul 6. Kebanyakan kedai makanan di Malaysia hanya membuka pada masa ini. Populasi memerlukan makan tengah malam.
“Saya tidak tahu bagaimana anda melakukannya. Saya tidak tahu bagaimana anda tidur. Terutamanya kerana makanan sangat pedas. Bagaimana ia duduk di perut anda pada waktu malam. Mungkin sebabnya Malaysia adalah negara paling tinggi obesiti di Asia Tenggara,”kongsinya lagi.
Satu praktis positif yang dia rasakan sangat bagus terap di dalam masyarakat tempatan adalah budaya berbudi bahasa menegur antara satu sama lain termasuklah orang yang lebih tua dengan panggilan seperti pak cik dan mak cik.
Ujarnya, di negara asalnya majoriti individu yang akan buat hal sendiri dan tidak bersosial dengan orang sekeliling apatah lagi dengan warga asing sekaligus melahirkan masyarakat yang individualistik.
Tetapi bagi dirinya perkara yang paling tidak boleh masuk dek akal dengan budaya kita yang makan menggunakan tangan dan perkara ini tidka pernah dilakukan oleh mana-mana orang Britain.
Baginya, dia bersangka norma yang biasa dilakukan oleh orang di seluruh dunia adalah memakan menggunakan kutleri iaitu sudu dan garfu dan bukannya dengan tangan seperti di Asia Tenggara.
Jadi, dia menyoal warga tempatan apakah kebaikan makan dengan tangan berbanding dengan sudu dan garfu.
” Boleh sesiapa beritahu saya mengapa makan dengan tangan lebih baik? Mungkin saya akan datang ke sana suatu hari nanti,” katanya.
@expatdiariesbb “Things Malaysians Do That Brits Would NEVER Do… But I Love It Now” #kualalumpur #BritishInMalaysia #ExpatDiaries #expat #malaysia #fyp #malaysia
Videonya telah meraih perhatian warganet tempatan dan menerima pelbagai reaksi berhubung kenyataan yang dilontarkan.
Ada yang berkongsi kebaikan memakan lauk dengan tangan adalah ajaran agama dan baik dari sudut sains kerana terpelihara kebersihan kendiri.
Selain itu, sebahagian percaya dengan kelainan inilah yang membuatkan Malaysia tampil unik kerana mempunyai pelbagai budaya dan adat sebagai masyarakat majmuk.