Masjid TNB kini menjadi tumpuan utama orang ramai untuk berbuka puasa kerana lokasinya yang strategik serta penyediaan juadah yang menyelerakan.

Suasana ukhuwah yang erat di masjid ini berjaya menarik kehadiran pelbagai lapisan masyarakat untuk mengimarahkan majlis berbuka puasa secara berjemaah.

Menerusi perkongsian salah seorang petugas yang menyediakan juadah berbuka puasa, setiap hari masjid tersebut menyediakan menu-menu yang berlainan.

Untuk tahun 2026, menu juadah berbuka puasa di Masjid TNB adalah –

Isnin: Kari Daging + Tenggiri Goreng

Selasa: Ayam Briyani

Rabu: Nasi Minyak + Daging Masak Hitam

Khamis: Gulai Lemak Daging + Ayam Goreng

Jumaat: Nasi Bukhari + Ayam Kuzi

Sabtu: Ikan Kembung Asam Pedas + Ayam Goreng

Ahad: Nasi Tomato + Ayam Merah

7 Menu Berbuka Puasa Masjid TNB 2026: Apa Yang Menarik Tahun Ini?
Sumber Gambar: Threads @famyarmadi.my

Dalam pada itu, bagi menyantuni para tetamu yang datang, pihak Masjid TNB turut menyediakan payung dan kad TNG edisi khas.

Kedua-dua barangan edisi khas itu boleh didapatnya dengan menjawab kuiz yang diberikan sementara menunggu waktu masuk berbuka puasa.