Anda pernah berjumpa tak dengan mereka yang makan dengan banyak, tambah lauk itu dan ini tetapi berat badannya tetap ‘maintain’ dan tak pernah naik-naik? Sedang ada sebahagian kita makan lebih sedikit kuantitinya badan mudah pula naik. Sangat cemburu bukan?

Sebelum saya berikan sebab-sebab mengapa ada sebahagian orang yang makan banyak tapi berat badan tak naik-naik sudi dahulu saya menyatakan asas bagaimana badan kita berfungsi.

turunkan-berat-badan-1

Setiap makanan yang dimasukkan ke dalam badan kita akan diproses menjadi tenaga. Jika makanan yang masuk tidak melebihi kalori di dalam badan maka berat akan menjadi statik. Dan jika lebih, masalah kegemukan akan berlaku.

Jadi apa kaitannya dengan metabolisme badan?

Baik, secara ringkas saya boleh cakap metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Ia ibarat satu proses pembakaran kalori dalam tubuh.

Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah.

Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

Seperti biasa, kadar metabolisme setiap orang adalah berbeza. Kebiasaan orang gemuk mempunyai kadar metabolisme yang rendah dan sebaliknya bagi orang kurus (sangat sedih).

Jadi jangan hairan, bila ada sebahagian orang gemuk makan lebih sikit je pun berbanding orang kurus (yang ada metabolisme tinggi) tetap orang gemuk mudah bertambah berat badannya. Atlit sukan melantak dia mengalahkan orang gemuk, tapi berat tak naik-naik.

Ah, sakitnya tuh di sini.

Ok, semestinya terdapat solusi untuk tingkatkan kadar metabolisme badan. Makan banyak tapi berat badan tak naik-naik. Siapa tak mahu kan?

Alhamdulillah, hampir 7 bulan ini selepas diet yang terdahulu, saya masih mampu kekalkan berat badan ideal ini dan semestinya sangat gembira bila kadar metabolisme dalam badan pun turut meningkat!

Betapa nikmat, makan banyak tapi berat tetap maintain. Baik berikut saya kongsikan kaedah bagaimana meningkatkan kadar metabolisme badan:

1. Makan!

turunkan-berat-badan-2

Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’.

Makan kerap dengan jumlah yang SEDIKIT mampu memastikan badan anda sentiasa berfungsi (bekerja) Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya.

Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih. Dan bukannya snek seperti Kit-Kat, Pringles atau snek tinggi garam yang lain.

2. Minum Air Secukupnya.

turunkan-berat-badan-3

Ah, tip ini dah selalu. Ya dah selalu namun tak ramai yang amalkan. Minum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum. Minum lah bergelen-gelen pun. It’s FREE CALORY

3. Jangan Stress.

turunkan-berat-badan-4

Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Boleh rujuk penulisan yang lalu Stress Penyebab Berat Badan Menaik

4. Senaman Cardio.

turunkan-berat-badan-5

Selain daripada penjagaan makanan, senaman cardio seperti berjoging, berenang berbasikal dan yang lainnya juga mampu meningkatkan metabolisme dalam badan. Bila badan sentiasa aktif, metabolisme juga akan turut meningkat.

Baca: Alif Sukri Kongsi 7 Senaman Ringkas Yang Beliau Lakukan Hingga Berjaya Hilang 40kg

5. Tidur yang cukup.

turunkan-berat-badan-6

Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik!).

Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari. Jangan tertinggal SOLAT SUBUH.

6. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.

turunkan-berat-badan-7

Jika selama ini minuman pilihan adalah MILO TABUR, ABC, TEH TARIK, cuba gantikan pula dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya. Nak lagi power! Pastikan NO SUGAR

7. Makan Pedas!

turunkan-berat-badan-8

Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

Jadi badan akan sentiasa kekal aktif bekerja membakar kalori dan tingkatkan metabolisme.

8. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training).

turunkan-berat-badan-9

Inilah antara penyebab utama mengapa atlit makan lebih banyak dari orang kebiasaan namun berat badan mereka tidak naik secara mendadak. Ada beza antara berat lemak dan berat otot.

Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori sahaja.

Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan.

Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam. Kata orang biar sedikit asalkan berpanjangan.

Kesimpulannya, makan banyak bukanlah satu cita-cita. Makan adalah untuk tenaga dan tenaga dimanfaatkan untuk kehidupan seharian. Kerja, berfikir hatta beribadah sekalipun memerlukan tenaga.

Makan bukan beerti memasukkan apa sahaja yang dikehendaki dalam badan mengikut hawa nafsu. Makan adalah MEMILIH makanan apa yang selayaknya dimasukkan ke dalam badan sebagai sumber tenaga.

Meningkatkan kadar metabolisme badan bukanlah beerti selepas ini anda boleh makan sepuas-puasnya tanpa memikirkan masalah kegemukan. Penyakit tidak hadir ketika gemuk sahaja, kurus juga boleh mengundang penyakit jika kawalan makanan yang tidak terjaga.

Jesteru seimbangkan, dan hayati hidup ini dengan sebaiknya. Bertenagalah untuk ibadah dan elakkan bermalas malasan kerana makanan. Makanlah dengan apa adanya, dan manfaatkan tubuh anda secara maksimum!

Selamat mencuba.

Baca lagi: Bagaimana Alif Sukri Berjaya Hilangkan 40kg Tanpa Pil Kurus