Disaat orang ramai serata negara berusaha mendapatkan serta meningkatkan peluang pekerjaan, kepesatan teknologi nampaknya membuatkan puluhan juta kerja bakal hilang.
Menurut Laporan Pekerjaan Masa Hadapan 2019 yang dibentangkan di World Economic Forum, sebanyak 133 juta jenis pekerjaan bakal berevolusi manakala sebanyak 75 juta pekerjaan lagi bakal pupus atau hilang menjelang 2022.
Berdasarkan perbentangan yang dibuat, Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) Wan Zulkfli Wan Setapa merumuskan 10 pekerjaan terbaharu ini bakal menggantikan 10 pekerjaan sedia ada berikutan peralihan teknologi.
Menurutnya antara pekerjaan yang bakal pupus bakal membabitkan kerja rutin seperti perkeranian, pentadbiran, kemasukan data, akautan, juruaudit serta pemasangan komponen di kilang.
Walau bagaimanapun, disebalik kekurangan pekerjaan dalam sektor ini, kerja melibatkan kecerdasan buatan atau lebih dikenali dengan singkatan AI, digital, robotik serta teknologi baharu antara yang bakal meningkat. Kesan daripada perkembangan teknologi ini bukan sahaja bakal berlaku di Malaysia malah seluruh dunia.
Melihat kepada perkongsian yang dibentangkan, pastinya perkara ini sedikit sebanyak bakal memberi impak kepada pemilihan kos pendidikan dalam mendapatkan kerjaya kelak.
Kami kongsikan kepada anda tip untuk lulus dalam temuduga yang pastinya sangat membantu buat mereka yang sedang mendapatkan pekerjaan. Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut.
Bukan Memilih Kerja Tetapi Ini Antara Punca Ramai ‘Fresh Grad’ Menganggur
Lelaki Ini Dedah ‘Scam’ Visa Perlindungan Australia Untuk Membenarkan Imigran Bekerja