Anda pasti tertanya-tanya bagaimana individu atau syarikat asing boleh menghantar mesej judi dan seumpamanya kepada nombor peribadi walaupun baru digunakan. Perkara ini telah berlaku sejak sekian lama dan dilihat belum diatasi sepenuhnya.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Gogolook dengan kerjasama Constella Intelligence, penyedia perkhidmatan perlindungan risiko digital antarabangsa itu telah menganalisis kebocoran nombor di telefon di beberapa pasaran utama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Gogolook

Difahamkan sekitar 75% nombor telefon pengguna di Malaysia didapati telah dibocorkan. Dalam laporan yang diterbitkan itu, kebocoran nombor telefon pengguna di Malaysia adalah yang tertinggi lalu diikuti  oleh Taiwan (65%), Jepun (56%) dan Thailand (45%).

Menurut Gogolook lagi, tiga data bocor tertinggi yang berlaku di Malaysia, Taiwan dan Thailand adalah melibatkan kata laluan log masuk, nombor telefon dan nama.

Sumber Gambar: Gogolook

Sementara tempat keempat hingga kelapan pula adalah berkaitan data kewarganegaraan, e-mel, alamat, hari lahir dan nombor ID. Tetapi berbeza pula di Jepun dan Korea Selatan yang mana jenis data utama yang dibocorkan pula adalah nama, kata laluan log masuk dan nombor telefon.

Mereka turut mendakwa setiap data yang sudah dibocori ini boleh disalah gunakan  di dalam pelbagai senario. Jadi, anda disarankan untuk menukar kata laluan yang lebih kuat, tetapkan ciri pengesahan 2 faktor dan juga gunakan aplikasi Whoscall untuk mengenal pasti nombor asing.

Sumber