Kira-kira 10% atau 8.5 juta dos vaksin COVID-19 dianggarkan bernilai RM505 juta telah tamat tempoh setakat Jun lalu, kata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Berdasarkan laporan dikeluarkan di laman sesawang Parlimen semalam, PAC berkata punca berlakunya lebihan vaksin disebabkan penerimaan rendah terhadap vaksinasi COVID-19 khususnya dos penggalak, petik Free Malaysia Today.

Baca Juga:
- Wabak Influenza Makin Meningkat, Vaksinasi Ini Mampu Kurangkan Kadar Pesakit Di Hospital!
- Dakwa Selamat, Pakar Saran Ibu Bapa Tidak Tangguh Anak-Anak Dapatkan Suntikan Vaksin COVID-19
- Pengambilan Vaksin Setahun Sekali Lebih Baik Berbanding Suntikan ‘Booster’, Kata CEO Pfizer
Bagaimanapun katanya, tempoh jangka hayat vaksin yang sudah tamat tempoh boleh dipanjangkan sehingga 18 bulan mengikut tarikh vaksin itu dihasilkan.
“Punca lebihan vaksin adalah kerana sambutan vaksinasi Covid-19 yang rendah (khususnya dos penggalak) disebabkan pengambilan dos penggalak adalah secara sukarela serta takut kepada kesan sampingan vaksin ekoran penyebaran maklumat tidak benar.
“Dan penerimaan bekalan vaksin di mana vaksin yang ditempah tidak diterima mengikut jadual susulan permintaan global yang sangat tinggi,” menurut laporan itu.
Menurut laporan itu juga, sebanyak 72.8 juta atau 88% dos vaksin telah diberikan daripada unjuran keperluan sebanyak 83.3 juta dos.