Rumah merupakan antara aset terpenting dalam kehidupan seseorang. Pastinya anda tidak mahu selamanya hidup menyewa dan pastinya anda ingin rumah sendiri. Tidak tahu cara ingin beli rumah pertama anda?
Kami ada panduan untuk anda. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @arifzainalazos telah berkongsi panduan asas beli rumah pertama. Jom ikuti perkongsian beliau untuk anda mulakan langkah pertama anda.
Panduan Asas Beli ‘’Rumah Pertama’’
Saya percaya setiap dari kita pasti ada impian utk memiliki rumah idaman suatu hari nanti.xkan kita nak menyewa selamanya kn? Apatah lagi apabila sudah berkahwin &mempunyai anak…
jom baca thread ini ye. asas beli rumah pertama sbgai rujukan pic.twitter.com/otHYqIubtS
— Jihad Hartanah HQ (@jihadhartanah) April 16, 2020
1. Kumpul modal
Kumpul modal? Berapa modal yang perlu ada? Untuk belian hartanah, kita memerlukan 10% dari harga rumah untuk deposit dan lagi 5% bagi kos legal fee. Untuk mudah faham, kalaulah target harga rumah RM100,000, maka anda kena ada dalam RM15,000 dan jika harga rumah RM200,000 maka anda kena ada RM30,000.
2. Sediakan profil kewangan
Sudah tentu kalau sudah ada 10% deposit, baki 90% itu siapa yang nak bayar? Sudah tentu kita akan pinjam dengan pihak bank. Lainlah anda ada cash RM200,000. Oleh itu, anda kena sediakan dokumen profil kewangan iaitu salinan kad pengenalan, penyata bank, surat pengesahan pekerjaan, penyata KWSP dan slip gaji. Penting untuk anda sediakan semua ini bagi memudahkan urusan.
3. Semak CCRIS & CTOS
Pastikan kita tiada hutang tertunggak dengan pihak bank contohnya PTPTN, pinjaman motor atau kereta, pinjaman Aeon Kredit atau personal loan. Kes tertunggak ini kritikal, bukan loan rumah sahaja, pinjaman lain pun tidak lepas jika tidak bayar tunggakan.
4. Kira kelayakan pinjaman
Kalau semua itu sudah ada, cuba kira berapa yang kita layak untuk pinjam. Senang sahaja, jika gaji RM3,000 ke atas, DSR akan dikira 70% dan kalau gaji bawah RM3,000, DSR akan dikira 60%.
cth komitmen Ali Rm1450 so, Rm2450 – 1450 = 1000
Baki tu pulak darab dgn 200 = Rm200K. So itulah kelayakkan loan yg Ali boleh buat.
Ini dipanggil the rule of 200.ada ke rumah 200K? byk je dik..area pj pun byk..nak2 rumah2 lelong..kdg2 kita merungut tanpa tahu pun pasaran,,ish2
— Jihad Hartanah HQ (@jihadhartanah) April 16, 2020
5. Cari hartanah yang pertama
Sekarang anda sudah ada kelayakan maka carilah rumah yang anda inginkan sama ada untuk tinggal atau untuk pelaburan.
6. Cari agen yang sah
Biasanya yang iklankan rumah untuk dijual ini adalah REN. Pastikan REN ini berdaftar dan mempunyai kad REN yang sah, takut nanti rumah tidak dapat, duit melayang pula. Minta REN itu tunjuk kad REN semasa lawatan rumah.
7. Proses pembelian hartanah
Selepas buat pembayaran booking fee sebanyak 3.18% kepada REN, biasanya proses selepas itu akan diuruskan oleh REN. Dia akan aturkan peguam SPA, banker dan sebagainya. Tugas kita adalah untuk sediakan baki deposit dan segala dokumen seperti yang diberitahu awal tadi.
8. Terima kunci
Akhirnya selepas beberapa bulan jika semua dokumen lengkap, anda akan dapat kunci rumah. Tempoh masa adalah berlainan mengikut jenis pasaran hartanah, leasehold dan rumah low cost juga akan melambatkan proses. Bagaimanapun selalunya tempoh dalam 6 hingga 12 bulan.
Jika sesiapa ada pertanyaan atau ingin join group coaching hartanah secara percuma boleh hubungi beliau di sini. Semoga perkongsian ini akan membantu dan bermanfaat untuk mendapatkan rumah pertama anda. Selamat mencuba!
Sementara itu, ketahui lebih lanjut tentang pembelian rumah yang pernah dikongsikan di The Vocket untuk panduan anda pada pautan di bawah ini.
Ini Perkara Yang Geng Hartanah Tidak Beritahu Ketika Beli Rumah Pada Usia Muda