Bola sepak 7 sebelah Asia mengembangkan jejaknya merentasi benua dengan mengadakan Kejohanan Asia 7 yang bakal disertai oleh 8 negara yang dijadualkan akan berlangsung di Shah Alam pada 10-13 Oktober 2024.
Lapan pasukan yang akan mengambil dalam kejohanan tersebut ialah Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Vietnam dimana mereka menyertai empat asal pasukan – Jepun, Brunei, India dan Filipina – yang mengambil bahagian dalam edisi pertama kejohanan itu di Manila tahun lepas.
Dalam sesi undian yang berlangsung di Shah Alam baru-baru, Filipina yang diwakili oleh bekas ketua pasukan negara itu, Stephan Schrock telah diundi bersama-sama Malaysia, Hong Kong dan naib johan edisi lalu, India dalam Kumpulan B.
Manakala Kumpulan A pula diisi dengan juara bertahan, Jepun bersama-sama Brunei, Singapura dan Vietnam.
Sebelum ini, Stephan pernah bermain bersama-sama Safee Sali iaitu Far East United berentap dalam kejohanan bola sepak 7s di Amerik Syarikat, The Soccer Tournament (TST) 2023.
Sementara itu, pengurus pasukan Malaysia, Adam Azman memaklumkan Malaysia belum memuktamadkan pemain-pemain untuk beraksi dalam kejohanan ini namun akan membentuk pasukan dengan campuran pemain muda bertenaga dan berpengalaman.
Beliau yang juga pengasas Bunga Raya Damansara FC memaklumkan ada bercakap dengan bekas-bekas pemain skuad Harimau Malaya yang beraksi bersama pasukannya seperti Khyril Muhymeen, K. Gurusamy dan Kogileswaran Raj.
Pada masa yang sama, beliau juga telah bercakap dengan wira yang membawa Malaysia menjuarai Piala AFF 2010, Safee serta Norshahrul Idlan Talaha.
Beliau menjangkakan jurulatih dan pemain-pemain yang akan mewakili skuad Malaysia dapat dimuktamadkan pada Jumaat minggu hadapan.
Sebagai tambahan, Kejohanan Asia 7 ini dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak 7×7 – sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskan pada tahun 2022 oleh Anton del Rosario untuk mempromosikan bola sepak 7s kepada dunia.