Pulau Pinang pernah dinobat sebagai antara destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia untuk bercuti. Baru-baru ini pula Lonely Planet dan Los Angeles Times memilih George Town sebagai salah satu bandar pilihan dan pelancongan bagi tahun 2016

Berikut 8 sebab kenapa George Town adalah bandar tempatan paling best di negara ini:

1. Syurga makanan

pulau-pinang-1

Makanan paling best di sini bukan di kafe hipster, tapi di gerai yang terdapat di lorong di sekitar sini. Dari passembur hinggalah ke ais kacang. Itu belum lagi mee mamak, char kuey tiow dan nasi kandar dan berbagai jenis masakan utara. Makanan apa bangsa yang tak ada? Makanan Melayu, Cina dan India semua ada. Syurga makanan lah katakan.

Baca: Top 5 Kafe Hipster Di Pulau Pinang

2. Disenaraikan sebagai Warisan Sejarah UNESCO (UNESCO World Heritage)

pulau-pinang-7

Memiliki bangunan lama berusia lebih daripada 500 tahun menjadikan George Town kaya dengan sejarah. Maka tidak hairanlah bandar ini menerima pengiktirafan oleh UNESCO

3. Keindahan senibina dan architecture

pulau-pinang-5

Dari tokong Cina, masjid lama, bangunan milik baba peranakan hinggalah town hall yang pernah dibina oleh British menjadikan senibina di George Town menarik dan mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.

Baca lagi: Rumah Lama Tahun 60an Di Pulau Pinang Ini Dihias Gaya Minimalis

4. Dipilih sebagai bandar ke 3 terbaik di dunia untuk para pesara menjalani kehidupan yang baru.

pulau-pinang-11

Majalah Forbes telah memilih George Town sebagai bandar ke 3 terbaik di dunia untuk para pesara menjalani kehidupan baru yang menarik. Antara faktor yang diambil kira dalam pemilihan ini adalah cuaca, kemudahan prasarana dan kos sara hidup.

5. Dikelilingi pantai dengan pemandangan menarik

pulau-pinang-8

Terletak di sebuah pulau menjadikan George Town bandar pinggiran pantai dengan pemandangan yang indah.

6. Kemudahan prasarana yang moden dan lengkap

pulau-pinang-9

Dengan populasi penduduk seramai 500,000 orang di Georgetown dan berbagai peluang pekerjaan, semestinya kemudahna prasarana di sini juga moden dan lengkap.

7. Tak jauh dari Taman Negara dan Taman Botani

pulau-pinang-12

Untuk ke taman negara hanya mengambil masa selama 45 minit memandu dari George Town.

Taman Botani yang terletak di tengah bandar pula memudahkan mereka yang inginkan suasana nyaman dan tenang. Dibina oleh British pada tahun 1884, taman botani mengandungi pelbagai jenis spesies tumbuhan asli dan eksotik, air terjun setinggi 122 meter dan monyet yang dibenarkan hidup bebas di sini.

8. Peluang pelaburan hartanah

pulau-pinang-13

Georgetown merupakan antara lokasi strategik bagi mereka yang ingin melabur dalam bidang hartanah. Bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan rumah tamu seperti AirBnB pula, mungkin sudah tiba masanya anda melebarkan sayap ke bandar ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram