Umum tahu memiliki simpanan sememangnya keperluan buat setiap individu. Simpanan boleh digunakan sebagai tabungan untuk membeli keperluan pada masa akan datang mahupun sewaktu kecemasan.
Dalam pada itu, pada ketika ini memiliki simpanan dilihat sebagai ‘kemewahan’ buat seseorang selepas Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) melaporkan 84% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan bulanan yang tetap.
Baca Juga:
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
Menurut Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, kebanyakan rakyat Malaysia hanya menyimpan secara tetap untuk jangka pendek sebelum dikeluarkan semula pada hujung bulan bagi menampung perbelanjaan harian.
“Data itu juga menunjukkan 52 peratus berasa sukar untuk mengenepikan RM1,000 bagi kegunaan kecemasan.
“Selain itu, 76 peratus rakyat Malaysia mempunyai belanjawan, tetapi tidak semua benar-benar mematuhi belanjawan itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Aplikasi Belanjawanku 2022/2023 di Menara KWSP pada Selasa lalu.
Sementara itu, difahamkan 50% daripada Rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencecah RM1,000 untuk kegunaan ketika kecemasan.