Baru-baru ini, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta telah berkongsi video di TikTok miliknya memaparkan sambutan ulang tahun kelahiran anaknya, Aaisyah Dhia Rana.

Menerusi video terbabit, sambutan ulang tahun kelahiran ke-9 Aaisyah itu bertemakan ‘Barbie’ dan menurut Che Ta, Aisyah yang memilih tema itu sejak tahun lalu lagi.

Baca Juga:

@rozitachewan1

Setaun sebelum birthday , dia dh bagi temaaaaaa .. senang kami tk yah pikiaq🤣 . #aaisyahdhiarana #barbie #birthdaygirl #birthdayparty #cheta #rcw #anakcheta #inaicheta

♬ Barbie Girl – Tiësto Remix – Aqua & Tiësto

Lebih mencuri tumpuan apabila terdapat sembilan biji kek Barbie sebagai simbolik usianya yang kini berusia sembilan tahun.

Perkongsian Che Ta itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen teruja dengan mengatakan sambutan ulang tahun kelahiran seperti itu merupakan impian ramai kanak-kanak perempuan.

Malah, ada juga netizen yang berasa cemburu melihat kemewahan sambutan hari jadi Aaisyah yang bukannya semua orang mampu untuk menyambut hari jadi seperti itu.