Umum mengetahui, kebanyakkan selebriti-selebriti dari Korea Selatan memang mempunyai pendapatan yang tinggi. Jadi tidak hairanlah jika mereka mampu untuk mempunyai aset hartanah yang mencecah jutaan ringgit nilainya.
Menurut sumber, satu episod khas dari Entertainment Weekly Live, mendedahkan 9 selebriti top Korea Selatan yang telah disenarai sebagai bintang-bintang yang mempunyai hartanah yang paling bernilai.
Difahamkan, dalam kalangan selebriti ini ada yang mempunyai nilai hartanah mencecah RM298 juta! Wah, siapakah bintang tersebut agaknya? Mari kita kenali meraka!
1. Rain dan Kim Tae-hee

Pasangan suami isteri yang juga merupakan bintang terkenal ini mempunyai nilai hartanah sebanyak 81.4 bilion won (~RM298 juta) apabila digabung! Wah, adakah ini pasangan Crazy Rich Asian versi selebriti Korea Selatan?
2. Kwon Sang-woo dan Son Tae-young

Gabungan aset pelakon yang pernah membintangi drama bersiri Stairway to Heaven dan pasanganya yang merupakan pelakon dan bekas Ratu Cantik Korea ini pula membawa kepada aset hartanah yang bernilai 78.2 bilion won (~RM286 juta).
3. Jun Ji-hyun

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita yang sangat jelita ini? Wajah yang tidak asing dalam industri lakonan Korea Selatan ini mempunyai nilai hartanah yang mencecah 75.5 bilion won (~RM276 juta)!
4. Song Seung-heon

Model kacak dan pelakon yang pernah membintangi drama siri popular Autumn in My Heart ini pula mempunyai nilai hartanah sebanyak 69.2 bilion won (~RM253 juta).
5. Jang Geun-suk

Peminat drama Korea pasti kenal dengan wajah si kacak yang cukup berbakat ini. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga punyai bakat dalam bidang nyanyian. Tahukah anda, hartanah yang dikumpul Geun-suk sudah mencecah 55 bilion won (~RM201 juta)?
6. Seo Jang-hoon

Personaliti TV ini dulunya adalah seorang pemain bola keranjang. Jadi tidak hairanlah bukan jika beliau memiliki nilai hartanah berharga 46.5 bilion won (~RM170 juta)?
7. Ha Jung-woo

Tahukah anda bahawa Jung-woo bukan sahaja merupakan pelakon yang terkenal, malah beliau juga memiliki 3 kafe? Berbakat dan pintar berniaga, pemenang anugerah pelakon lelaki terbaik untuk Asian Film Award ini turut mempunyai nilai hartanah yamg mencecah 46.5 bilion won (~RM170 juta).
8. Jang Dong-gun dan Go So-young

Siapa yang tidak kenal dengan wajah-wajah yang sering menghiasi filem dan drama Korea Selatan ini? Gabungan nilai hartanah bagi kedua-dua pasangan pelakon ini pula adalah sebanyak 43.7 bilion won (~RM160 juta).
9. PSY

Penyanyi lagu ikonik Oppa Gangnam Style ini pula bukan sahaja merupakan bintang yang dikenali seluruh dunia tetapi beliau juga memiliki hartanah bernilai 40 bilion won (~RM146 juta)!
Tidak sangka rupa-rupanya selebriti-selebriti ini memiliki aset yang bernilai tinggi. Adakah anda terkejut?
Ingin tahu lagi fakta dan cerita menarik mengenai selebriti Korea Selatan? KLIK pautan di bawah untuk membaca.
Pernah Hidup Susah, Hoshi SEVENTEEN Tawar Biasiswa Bernilai RM84,403 Untuk Pelajar Sekolah
Park Seojoon Beli Bangunan RM40 Juta Dan Tawar Sewa Dengan Harga Murah Demi Bantu Peniaga