Dalam tempoh tiga hari sahaja, kekayaan Marina Budiman berkurangan sebanyak AS$3.6 bilion (kira-kira RM16 bilion), sekali gus melucutkan gelaran wanita terkaya Indonesia daripadanya.

Marina Budiman, pengasas bersama syarikat pusat data DCI Indonesia, pernah meraih keuntungan harian sebanyak AS$350 juta (~kira-kira RM1.5 bilion), menurut laporan SCMP. Ini melonjakkan kekayaannya kepada AS$7.5 bilion (kira-kira RM33.2 bilion).

Indonesia
Sumber Gambar: SWA

Namun, tiga minggu kemudian, hampir separuh kekayaannya hilang akibat kejatuhan mendadak saham syarikatnya.

Ramai lagi menimpa nasib yang sama

Marina bukan satu-satunya yang terjejas, rakan-rakan bilionairnya, Otto Toto Sugiri dan Han Arming Hanafia, turut mengalami lonjakan kekayaan lebih AS$17 bilion (kira-kira RM75 bilion) sebelum kejatuhan mendadak.

Menurut laporan SCMP lagi, nilai pasaran saham DCI pada hari Selasa mencecah hampir AS$17 bilion (kira-kira RM75 bilion), angka yang jauh melebihi pendapatan tahunan syarikat itu sebanyak AS$112 juta (kira-kira RM495.4 juta) dan keuntungan AS$49 juta (kira-kira RM216.8 juta).

Kerana sahamnya diniagakan 416 kali lebih tinggi daripada pendapatan, syarikat itu memegang gelaran saham paling mahal berbanding firma yang sama.

Separuh kekayaan lenyap sekelip mata

Kejatuhan saham syarikat DCI Indonesia telah mengakibatkan kerugian separuh dari nilai kekayaan Marina, Kejadian ini sekali lagi menunjukan keadaan pasaran saham di Indonesia yang tidak stabil.

Salah satu faktor utama yang menyumbang adalah tahap kecairan pasaran yang rendah.

Saham dimonopoli oleh individu tertentu

Punca lain kejatuhan saham DCI adalah kerana pemilikan saham yang terhad. Empat orang individu memegang 78 peratus saham syarikat, yang menyebabkan kurangnya saham yang tersedia untuk didagangkan orang awam.

Menjelang tengah hari Rabu di Jakarta, hanya 80,400 unit daripada 2.4 bilion saham DCI yang diniagakan, jumlah yang amat kecil jika dibandingkan dengan jutaan saham yang diniagakan oleh syarikat lain yang mempunyai saiz yang serupa.

Sumber