Fattah Amin tidak tahu yang Fazura ada berhutang sehingga RM4.65 juta.
Fattah Amin – bekas suami Fazura – akui terkejut dengan hutang yang sangat banyak ditanggung oleh bekas isterinya itu.
Sebelum ini sebuah pengilang tudung telah mendakwa syarikat Fazura telah menipu mereka dan kemudian culas membayar hutang sehingga mencecah RM4.65 juta.
Pengilang dakwa syarikat tudung Fazura tidak bayar hutang mencecah RM4.65 juta.
Pengilang tersebut, Feline Malaysia yang dimiliki Obor Holding Sdn Bhd, memberitahu Buzzkini bahawa mereka sudah membekalkan tudung kepada syarikat Pink Fate Sdn Bhd milik Fazura.
Dengan kos tudung yang dibekalkan kepada Pink Fate bernilai RM7,330,197.04. Bekalan tudung diterima syarikat Fazura itu sejak Jun 2022.
Syarikat Tudung Fazura bermasalah bayar hutang
Semua transaksi yang dituntut oleh Obor Holding adalah melibatkan urusniaga ketika Fazura masih bergelar pengarah Pink Fate sebelum dia melepaskan jawatan itu pada Januari 2025.
Namun begitu, Faiz (abang Fazura) mengekalkan kedudukannya sebagai pengarah syarikat itu.
Malangnya, Feline Malaysia hanya menerima RM2,680,167.90 daripada syarikat Fazura – daripada jumlah keseluruhan lebih RM7.3 juta.
Syarikat tersebut malah mendedahkan mereka menerima cek palsu atau cek tak laku atau cek tendang daripada abang Fazura bernillai RM1 juta.
Syarikat Tudung Fazura Masih Tak Bayar Hutang RM4.65 Juta Kepada Pengilang
Kini Fazura berdepan dengan tuntutan di mahkamah oleh syarikat pengeluar tudung yang menegaskan bahawa mereka mahukan semula semua hak mereka.
Fattah Amin simpati
Pelakon lelaki popular itu menegaskan dia tidak tahu menahu bahawa Fazura ada berhutang sebanyak itu.
“Saya tak tahu fasal saman tersebut. Hanya dapat tahu selepas ia keluar dalam berita,” tegas Fattah lagi kepada mStar.
Fattah enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut. Ini kerana menurutnya perkara itu terlalu peribadi untuk Fazura.
Apa yang pasti Fattah Amin bersimpati dengan Fazura dan mendoakan yang terbaik buat bekas isterinya itu.
“Dah tentu saya bersimpati selepas melihat berita itu, namun saya doakan yang terbaik dan semoga isteri saya dipermudahkan segala urusan.
“Dia bukannya orang lain, dia ibu kepada anak saya,” tutup Fattah Amin.