Peminat menyuruh Fazura diam sahaja daripada dia terus menyanyi kerana mereka ternyata sukar untuk mendengarnya.

Fazura membawa lagu Jika Cinta Allah yang merupakan lagu penyanyi asalnya Ahmad Dhani.

Baca Juga:

Fazura ternyata puas dapat berkongsi pentas dengan artis seperti Opick dan penyanyi hebat yang lain yang dianggap sudah cukup membuatkannya rasa sangat bersyukur.

Fazura dikenali sebagai artis serba boleh. Selain daripada berlakon dia juga seorang usahawan dan juga penyanyi. Fazura kembali mengalunkan vokalnya di hadapan peminat baru baru ini.

Namun jelas rata rata netizen menasihati Fazura agar tidak perlu menyanyi dan fokus kepada benda lain sahaja atau menyanyi untuk Fattah Amin sahaja.

Kemudian ada yang menyatakan kali ini nyanyian Fazura benar benar ‘Hancur’ merujuk kepada lagu lamanya dahulu.

Fazura pernah muncul dengan lagu yang popular dahulu bersama dengan Estranged.

“Diam Fazura diam!” tulis seorang netizen yang disusuli dengan ratusan lagi rantaian balasan di bawah komen itu.

Ada juga yang menyatakan bahawa ‘boleh pergi jauh… dari mic’.

Kemudian netizen yang lain berkata: “Fazura, semua benda I suka dekau U kecuali menyanyi.”

Seorang lagi peminat memberikan komen bahawa Fazura dikurniakan dengan macam macam bakat dan kebolehan kecuali menyanyi.

Seterusnya ramai juga yang mengusik Fazura, bertanya di mana dia ‘beli’ keyakinan yang ada pada dirinya untuk naik ke atas pentas dan menyanyi.

@astrogempak

Persembahan daripada Fazura malam ni di Konsert Opick & Sakti #KonsertGempak #SembangEntertainment

♬ original sound – Gempak – Gempak

Walaubagaimanapun ada juga yang menyatakan bahawa mungkin lagu itu tidak sesuai dengan suara Fazura membuatkan dia akan sukar melontarkan vokalnya.

Selain itu peminat Fazura turut menyatakan bahawa dia menyanyi bukan kerana nak menunjukkan kualiti vokalnya namun kerana mahu menghiburkan peminatnya serta menyampaikan maksud lirik tersebut.

Apa yang pasti ramai yang terhibur melihat ruangan komen terutama sekali pada masa masa santai cuti ini.