Pihak Fazura menafikan sama sekali pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan permohonan cerai terhadap Fattah Amin.

Menurut kenyataan daripada pengurus Nur Fazura, Iman Tang, proses perceraian tersebut dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) perundangan negara.

Oleh itu kedua dua pihak tak pernah berkongsi secara terbuka atau kepada umum tentang butiran lanjut atau tarikh prosiding kepada umum.

Selain itu terdapat banyak spekulasi tentang punca rumah tangga mereka bergolak. Dan versi tersebut dianggap rekaan sesetengah pihak yang mahukan sensasi.

Iman Tang menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang isu berkaitan kemelut rumah tangga Fattah Amin dan Fazura.

Ia sebagai respon daripada laporan media bahawa Fazura memohon cerai terhadap Fattah Amin dan mahu berpisah secara baik. Kes penceraian mereka dilaporkan pada 25 September ini.

Bercakap kepada portal Astro Gempak, Iman Tang berkata: “Kami dari pihak pengurusan dan peguam Fazura mengesahkan sendiri bahawa tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Fazura semenjak tularnya kisah permohonan cerai oleh Fazura.”

Iman Tang menambah, permohonan cerai yang difailkan adalah prosedur permohonan cerai atas kebenaran mahkamah sebagaimana dikehendaki oleh undang undang.

“Oleh itu Fazura berharap tiada pihak membuat andaian sendiri dan sebarang kenyataan untuk mengelakkan pelbagai spekulasi rumah tangga mereka,” jelas peguam itu lagi.

Sebagai rekod, Fattah Amin dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan selebiriti itu dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang baru berusia 4 tahun.

Ramai peminat berharap kedua dua pasangan tersebut akan terus bersama.