PLUS Malaysia Berhad kini menganjurkan peraduan menarik sempena musim Merdeka dan sambutan Hari Malaysia.

Melalui peraduan “Teroka Malaysia Bersama PLUS”, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM15,000 seperti kamera digital, gajet video, gimbal kamera, dan kredit eWallet Touch ’n Go!

Cara Penyertaan

teroka malaysia

Dengan tema “Jalan, Check-In & Menang!”, penyertaan amat mudah:

  1. Pastikan anda ada PLUS App dan aktifkan fungsi PLUS Passport.

  2. Check-in di mana-mana R&R, hentian sebelah atau lokasi pilihan sepanjang lebuh raya PLUS dari 1 Ogos hingga 16 September.

  3. Rakam video kreatif selama 1 minit tentang pengalaman perjalanan anda.

  4. Muat naik ke TikTok, letak kapsyen tema Merdeka dan sertakan hashtag #TerokaMalaysiaBersamaPLUS untuk peluang menang

Menurut Mohamed Hafidz Mohamed Ismail, Ketua Komunikasi Strategik & Pengalaman Pelanggan PLUS, inisiatif ini bukan sekadar nak beri hadiah, tetapi untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan mengangkat pelancongan domestik sepanjang bulan kebangsaan.

PLUS mahu perjalanan bukan sekadar transit, tapi sebuah pengalaman bermakna.

Inisiatif ini juga menyokong visi kerajaan untuk mempromosi “Tahun Melawat Malaysia 2026”, di mana PLUS berharap program sebegini akan beri nilai tambah kepada pengguna dan memeriahkan suasana patriotik.

Kalau anda merancang untuk balik kampung atau jalan-jalan dalam negeri, jangan lupa aktifkan fungsi PLUS Passport dalam aplikasi dan sertai peraduan ini dengan cara paling kreatif!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web PLUS.

*Peraduan sah bermula pada 1 Ogos 2025 hingga 16 September 2025.
*Tertakluk Terma & Syarat.