Pengembaraan Jose Mourinho bersama Fenerbahce di Turkiye sudah sampai ke penghujung selepas beliau dipecat ekoran kegagalan membawa kelab tersebut beraksi dalam UEFA Champions League (UCL) 2025/26.

Perkembangan terkini itu disahkan Fenerbahce dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan laman sosial rasmi kelab tersebut.

Baca Juga:

Fenerbahce tersingkir daripada gagal ke saingan utama UCL selepas tewas 1-0 secara agregat kepada Benfica dan keadaan itu menyebabkan pihak pengurusan mengambil tindakan pantas dan cukup tegas.

Salam Perpisahan Buat Jose Mourinho

“Sejak musim 2024-2025, Jose Mourinho telah memegang jawatan sebagai ketua jurulatih Pasukan Utama Bola Sepak Profesional kami.”

“Namun, pihak kelab telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan beliau.”

“Kami mengucapkan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang telah beliau berikan kepada pasukan kami, serta mendoakan kejayaan dalam kariernya yang akan datang.”

Mourinho kini dikaitkan dengan kemungkinan membuat kejutan kembali ke England, negara di mana beliau pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak tiga kali bersama Chelsea.

Nottingham Forest disebut-sebut sebagai antara pilihan untuk mendapatkan khidmatnya.

Dengan kembalinya Mourinho ke pasaran, sudah pasti beberapa kelab lain juga akan dikaitkan dengan pengurus berpengalaman tinggi itu termasuklah kelab saingan Liga Arab Saudi.

Sumber