Federico Valverde mendedahkan impak segera yang dibawa Jose Mourinho sejak kembali mengendalikan Real Madrid sambil menegaskan bahawa skuad itu mendapat manfaat daripada gaya kepimpinannya yang tegas.

Pemain tengah Uruguay yang kini berperanan sebagai kapten kelab itu percaya sifat Mourinho yang cukup menuntut komitmen penuh daripada pemain adalah apa yang diperlukan oleh bilik persalinan Real Madrid untuk mencapai kejayaan pada musim akan datang.

Mourinho
Kredit Foto: Javier SORIANO / AFP

Real Madrid meneruskan momentum cemerlang dalam siri jelajah pramusim mereka apabila melanjutkan rekod tanpa kalah kepada empat perlawanan selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Ferencvaros di Budapest.

Walaupun perlawanan tersebut lebih bertujuan menguji kecergasan pemain, ia turut menyerlahkan pengaruh Jose Mourinho yang semakin berkembang sejak kembali ke Santiago Bernabeu untuk tempoh kedua sebagai pengurus.

Valverde bercakap secara terbuka mengenai suasana dalam bilik persalinan sejak kehadiran Mourinho, sambil menyatakan bahawa reputasi pengurus itu yang terkenal sebagai seorang yang tegas turut diimbangi dengan pendekatan peribadi yang cukup mengejutkan.

Valverde Kagum Dengan Mourinho

Pemain tengah tersebut mengakui dia kagum dengan cara jurulatih berpengalaman itu kembali menyesuaikan diri dengan budaya kelab.

“Saya tidak menjangka Mourinho akan jadi seperti ini sepanjang beberapa hari saya bersamanya. Dia sangat mudah didekati. Pada akhirnya, dia seorang yang sentiasa menunjukkan keperibadiannya,” kata Valverde menurut sumber laporan Goal.

Valverde Terkejut Dengan Sikap Mourinho: “Saya Tak Sangka Dia Seperti Itu”
Kredit Foto: ATTILA KISBENEDEK / AFP

“Kadangkala dia agak tegas, tetapi saya rasa itulah cara untuk kita memperbaiki diri. Saya suka cara dia melayan kami, termasuk cara dia melayan saya.”

“Kami cuba melakukan apa yang dimahukan pengurus dan menerapkan ideanya dalam permainan. Kami masih kehilangan ramai pemain, tetapi kami semakin baik sedikit demi sedikit.”

Sumber