Jude Bellingham memberikan kredit kepada pengurus baharu Real Madrid, Jose Mourinho kerana membantunya kembali menemui prestasi terbaik selepas melalui tempoh dua tahun yang mengecewakan.

Pemain tengah England itu percaya perubahan taktikal yang dilakukan telah memberinya kebebasan untuk bergerak di atas padang, sekali gus membolehkannya kembali mengawal permainan.

Melihatkan kepada perkembangan semasa itu, Bellingham turut berazam untuk meneruskan momentum awal tersebut menjelang kempen Eropah yang bakal berlangsung.

Mourinho
Kredit Foto: Javier SORIANO / AFP

Jude Bellingham memberikan impak nyata dalam saingan La Liga apabila meledak gol ketika menentang Espanyol sebelum mempamerkan aksi hebat sebagai playmaker ketika berdepan Real Sociedad.

Dalam perlawanan tersebut, beliau menghasilkan mencipta bantuan penting untuk kedua-dua gol Kylian Mbappe dan Vinicius Junior.

Bellingham Akui Mourinho Bantu Kembalikan Sentuhannya

“Saya kembali merasakan lebih banyak kebebasan terutamanya untuk menentukan bila perlu turun membantu pertahanan, bila perlu bergerak ke hadapan atau bila perlu melakukan larian ke dalam kotak penalti,” kata Bellingham menurut sumber laporan Goal.

“Saya rasa ini adalah posisi terbaik untuk saya kerana ia membolehkan saya menunjukkan segala kemampuan yang saya ada.”

“Saya benar-benar berterima kasih kepada pengurus [Jose Mourinho] atas kepercayaan yang diberikan kepada saya serta peluang untuk bermain dengan cara seperti ini.”

Selain daripada kebangkitan prestasinya sendiri, Bellingham turut gembira melihat bagaimana skuad yang baru dibentuk itu semakin serasi di bawah kendalian pengendali dari Portugal berkenaan.

Real Madrid membawa masuk beberapa wajah baharu ke dalam bilik persalinan dan pemain tengah itu kagum dengan kemampuan mereka menyesuaikan diri dengan lancar dalam persekitaran yang penuh tekanan.

Bellingham Kembali Menyerlah, Dedah Bagaimana Mourinho Membantunya
Kredit Foto: Oscar DEL POZO / AFP

“Mereka memberikan gambaran yang sangat baik kepada kumpulan ini, baik dari segi peribadi yang merupakan perkara paling penting, mahupun sebagai pemain bola sepak.”

“Mereka melakukannya dengan sangat baik. Bukan mudah untuk tiba di kelab yang mempunyai tekanan seperti ini dengan jurulatih dan barisan staf baharu.”

“Ada banyak perkara yang perlu dipelajari dan mereka menyesuaikan diri tanpa sebarang masalah. Saya sangat gembira mereka berada di sini.”

Sumber