Presiden Fenerbahce, Ali Koc akhirnya menjelaskan mengenai pemecatan bekas pengurus kelab tersebut, Jose Mourinho dengan menyifatkannya sebagai satu ‘perpisahan yang pahit’.
Hanya selepas setahun membimbing kelab Super Lig Turkiye itu, Mourinho terpaksa mengucapkan selamat tinggal dan kali ini adalah kerana corak permainan diterapkannya sudah tidak lagi boleh diterima Ali Koc.
Baca Juga:
- Jose Mourinho Dipecat Selepas Gagal Bawa Fenerbahce Ke UCL 2025/26

- Jose Mourinho Dijangka Gantikan Roberto Martinez Sebagai Pengurus Portugal

- Didier Drogba Pertahankan Jose Mourinho Sebagai Bukan Rasis

Koc menegaskan bahawa pasukan itu kini memerlukan pendekatan yang lebih dominan untuk bergerak ke hadapan.
Seperti dilaporkan sebelum ini, Mourinho dipecat sebaik sahaja skuad kendaliannya gagal ke UEFA Champions League (UCL) 2025/25 susulan kekalahan ditangan Benfica.
Walaupun Mourinho mencatat 37 kemenangan dalam 62 perlawanan bersama Fenerbahce, pihak pengurusan tertinggi kelab merasakan corak permainan konservatifnya menghalang kemajuan pasukan dan Koc kini mengesahkan sebab sebenar pemecatan jurulatih dari Portugal itu.
Sebab Fenerbahce Pecat Mourinho
“Mengapa kami melepaskan Mourinho? Di sini saya jelaskan buat pertama kali. Ia adalah satu perpisahan yang pahit,” ujar Ali Koc menurut sumber laporan Goal.
“Keserasian kami sangat baik dan pencapaiannya jelas. Hanya dapat membawanya ke sini sahaja sudah merupakan satu kejayaan besar.”
“Lebih daripada itu, ia sukar untuk berpisah dengan seseorang yang saya anggap sebagai rakan. Kami tahu jurulatih kami seorang yang beraliran defensif ketika membawanya masuk.”
“Tetapi kami telah berbincang tentang keperluan untuk bermain dengan lebih dominan pada penghujung musim. Menjaringkan 99 gol dan meraih 99 mata adalah kod genetik kami.”
“Disingkirkan oleh Benfica bukanlah masalah, tetapi cara kami tersingkir itu tidak boleh diterima. Ia membuatkan saya rasa bola sepak musim lalu akan terus berulang.”
“Kami berpisah kerana kami percaya skuad ini sepatutnya boleh bermain dengan bola sepak yang lebih baik pada ketika ini.”
“Corak bola sepak sebegini mungkin berkesan di Eropah tetapi di Turki, kami perlu mendominasi kebanyakan perlawanan. Kami bergelut untuk bangkit setiap kali ketinggalan,” tambah beliau lagi.