Pemain antarabangsa Korea Selatan, Hwang Ui Jo didapati bersalah merakam video tidak senonoh tanpa kebenaran pasangannya.

Kes itu menjadi kes berprofil tinggi di Korea Selatan sejak  ianya terbongkar.

Kerajaan dan juga FA Korea Selatan sendiri mendapat tekanan awam agar tindakan tegas diambil.

Hal ini kerana, rakyat mendakwa, selebriti dan tokoh ternama seperti Ui Jo kerap dilayan double standard oleh perundangan.

Jika rakyat biasa, hukuman akan lebih berat berbanding golongan yang yang dianggap figura awam ini.

Namun kini, Persatuan Bola Sepak Korea Selatan, KFA mengumumkan bahawa pemain itu  sah digantung 20 tahun berdasarkan keputusan mahkamah yang mengesahkan bahawa Hwang Ui Jo bersalah.

Bekas penyerang Norwich itu antara nama besar dalam bola sepak Korea Selatan. Dia memiliki 62 kaps bersama Korea Selatan dan pernah membantu negara itu memenangi pingat emas Sukan Asia  2018.

Dan  kini, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk bermain di Piala Dunia 2026 yang akan datang. Hal ini kerana dia diharamkan daripada mewakili Korea Selatan serta tidak boleh mendaftar menjadi pemain atau jurulatih di negara tersebut selama 20 tahun.

Menurut KFA, hukuman  itu selari dengan perundangan persatuan itu dan Jawatankuasa Olimpik dan Sukan Korea Selatan.

Hukuman penggantungan ini hanya terpakai di Korea Selatan dan bukannya di luar negara.

Dari segi undang undang negara Korea Selatan, Hwang Ui Jo dijatuhi hukuman penjara setahun dan diletakkan dalam pemantauan ketat selama 2 tahun.