Seorang wanita dari China hampir sahaja mengorbankan ratusan penumpang termasuk dirinya dan anak kapal. Ini apabila wanita tersebut bertindak membaling duit syiling ke dalam ‘kipas’ di bahagian sayap kapal terbang.
Wanita itu tidak tahu bahawa kipas itu adalah bahagian enjin kapal terbang. Selepas meembaling syiling itu dia naik ke pesawat untuk berlepas bersama sama yang lain.
Kejadian pelik itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong, melibatkan pesawat China Southern Airlines yang dijadualkan berlepas ke Guangzhou – beberapa tahun lalu.
Wanita tua yang berusia sekitar 80 tahun bernama Qiu itu, dilaporkan melontar sebanyak sembilan keping syiling ketika menaiki tangga pesawat.
Menurut saksi, tindakan itu dilakukan sebagai ritual keselamatan atau ritual ‘tuah dan nasib baik’ – kononnya untuk memastikan penerbangan berjalan lancar.
Tanpa dia sedari bahawa tindakan itu adalah mengundang bencana dan malapetaka.
Daripada berkeping keping syiling yang dia baling, hanya satu keping syiling yang berjaya masuk ke dalam enjin, tetapi ia sudah cukup untuk menyebabkan juruteknik menghentikan operasi dan melakukan pemeriksaan penuh ke atas pesawat.
Hasilnya, penerbangan ditangguhkan hampir 5 jam melibatkan ratusan penumpang yang terpaksa menunggu di ruang legar.
Qiu ketika itu merasakan bahawa acara ritualnya berjaya membuatkan mereka semua telah dilindungi daripada malapateka. Kerana penerbangan dibatalkan atas sebab teknikal.
Tanpa dia sedari, dialah punca penerbangan itu ditangguhkan.
Polis kemudian menahan Qiu untuk siasatan lanjut. Pihak berkuasa lapangan terbang memberi amaran keras bahawa sebarang objek asing dalam enjin pesawat boleh mengundang bahaya besar, termasuk kegagalan enjin dan risiko kemalangan udara.
"Good Luck" 👵🪙 pic.twitter.com/53jgQsozqc
— SebHal9000 (@SeMiHAL9000) July 8, 2025
Insiden ini menjadi tular di media sosial China, dengan ramai netizen mengkritik tindakan wanita tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.
Ada yang menyindir, “Syiling itu mungkin untuk tuah, tapi yang dapat cuma kelewatan yang teruk dan amarah dari penumpang lain.”
Walaupun tiada kecederaan atau kerosakan serius dilaporkan, syarikat penerbangan menegaskan mereka akan meningkatkan langkah keselamatan untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
Ini bukanlah kejadian yang pertama dan terakhir, kerana selepas itu ada seorang lagi wanita dari China berusia 66 tahun, ditahan atas sebab sama melibatkan pesawat Tianjin Airlines pula.