Presiden Perancis Emmanuel Macron secara rasminya mengiktiraf negara Palestin. Tindakan ini sudah diwar-warkan beberapa minggu yang lalu.

Macron dalam ucapannya di satu sesi pada  kemuncak persidangan PBB yang dipengerusikan oleh Perancis dan Arab Saudi berkata: “Sudah tiba masanya untuk kita menamatkan perang, pembunuhan dan kematian di Gaza.

“Sudah tiba masanya untuk keadilan kepada rakyat di Palestin. Dengan komitmen bersejarah  neggara saya ke atas Timur Tengah, untuk melihat keamanan antara Palestin dan Israel, maka Perancis pada hari ini mengiktiraf negara Palestin.”

Ucapannya itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada perwakilan yang lain, dalam persidangan yang berlangsung di Amerika Syarikat itu. Namun sesi tersebut tidak dihadiri oleh Amerika Syarikat dan Israel yang membantah langkah tersebut.

Perancis mengetuai negara negara lain dalam pengiktirafan negara Palestin. Monaco, Luxembourg dan Malta menyatakan sokongan meereka tentang solusi dua negara.

Macron menambah: “Kita harus melakukan apa yang kita mampu berdasarkan kuasa yang kita ada untuk penyelesaian 2 negara Palestin dan Israel. Agar kedua duanya duduk bersebelahan dalam keadaan aman.

Selain Perancis, beberapa negara besar lain seperti Australia, Kanada, United Kingdom dan Sepanyol juga menyokong pengiktirafan  negara Palestin yang merdeka.

Seterusnya Belgium juga sudah menyatakan pendirian mereka mengiktiraf negara Palestin untuk membolehkan negara itu mendapat hak politik dan diplomatik yang lebih kuat.