FIFA akhirnya mengeluarkan hasil siasatan penuh mereka ke atas kes pemalsuan dokumen melibatkan 7 pemain warisan Malaysia.

Menurut FIFA, sijil kelahiran yang dihantar oleh FAM adalah tidak sama dengan sijil kelahiran yang ada pada seketeriat FIFA. Di mana hasil siasatan  FIFA mendapati 7 pemain tersebut tiada kaitan dengan keturunan dari Malaysia.

Dalam kenyataannya, FIFA mengakui FAM dan pemain terlibat telah memberikan kerjasama. Walaupun tiada bukti bahawa FAM dan 7 pemain warisan tersebut dengan sengaja cuba memalsukan dokumen, namun FIFA memandang kes ini berat melibatkan dokumen palsu dan melibatkan Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA.

Dalam laporan sama, FAM dikatakan telah memaklumkan kepada FIFA bahawa FAM dan pemain pemain tersebut tidak ada kuasa dalam mengeluarkan dokumen kelahiran tersebut.

Namun FAM yakin bahawa kesemua 7 pemain itu berdarah warisan Malaysia. Dan perkara itu disahkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Berikut adalah perbandingan maklumat kelahiran pemain yang dikemukakan FAM dan yang diperoleh oleh seketariat FIFA.

FIFA Sahkan Sijil Kelahiran 7 Pemain Warisan Adalah Tidak Sah

FIFA memberikan peluang kepada FAM untuk mencabar atau merayu keputusan pengadilan ini. Buat masa  ini,  FAM didenda RM1.8 juta.  Sementara semua pemain digantung 12 bulan dan didenda RM10,598 setiap seorang.

Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, FAM perlu memberikan jawapan dalam masa 3 hari jika mereka mahu membuat rayuan. Dan selepas itu, rayuan perlu dibuat dalam masa 5 hari berikutnya.

Anda boleh baca laporan penuh FIFA di sini:  FIFA Digitalhub