Netizen Indonesia dan Malaysia bersatu hati mempersendakan rekaan grafik daripada laman X rasmi FAM.

Di mana menurut mereka rekaan grafik tersebut nampak buruk.

FAM semalam berkongsi satu infografik tentang jadual perlawanan melibatkan Harimau Malaya dalam Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan bermula Disember nanti.

Malangnya di ruangan komen netizen telah tertarik untuk memberikan komen tentang rekaan poster tersebut yang dianggap murahan.

Malah ada peminat Indonesia yang melabel ianya seperti pamplet kedai nak menjual pece lele.

Kritikan terus diterima oleh pasukan media FAM daripada peminat seberang yang menunggu peluang seperti ini untuk menghentam FAM.

Mereka mengejek rekaan poster, pemilihan font, komposisi warna poster dan mempersoalkan adakah di Malaysia memang sudah tidak ada pereka grafik yang boleh mereka poster lagi?

Seorang peminat Malaysia pula menegaskan: “Walaupun gaji sangkut, tapi poster KDA FC lagi cantik.”

Dia menambah bahawa perkara ini memang mencemarkan imej negara sahaja.

Ada juga yang mahu tahu hasil tangan siapakah poster ini?

One Football Malaysia menganggap barisan media FA sebagai tidak kreatif walaupun kini sudah tahun 2024.

Menurut One Football Malaysia lagi, pereka grafik pasukan liga sosial pun ramai yang lebih bagus daripada media FAM yang merupakan page tertinggi untuk bola sepak Malaysia.