Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki memberi amaran Malaysia boleh jadi pergolakan seperti di Nepal sekiranya amalan rasuah tidak dibendung, petik Free Malaysia Today.
“Lihatlah Nepal. Saya kagum dengan pelajar sekolah menengah Abiskar Raut yang memberi ucapan berhubung kejatuhan kerajaan Nepal,” katanya pada pertandingan debat antirasuah di Universiti Kebangsaan Malaysia malam tadi.
Baca Juga:
- Ringgit Malaysia Mengukuh, Ramai Warga Tempatan Borong Duit Jepun Dan Korea Selatan Untuk ‘Travel’

- ‘Satu Pencapaian Membanggakan’ – Hampir 90% Rakyat Malaysia Kini Aktif Membaca

- ‘Anda Sudah Lukakan Perasaan Mak Saya, Warganet Malaysia’ – Apa Sudah Jadi?

Azam Baki memetik ucapan pelajar tersebut dengan menyatakan “Kita adalah api yang akan membakar kegelapan, kita adalah ribut yang akan menghapuskan ketidakadilan.”
Beliau menegaskan rakyat tidak boleh membiarkan Malaysia mengalami nasib sama.
“Janganlah kita jadi seperti Nepal. Pada pandangan saya, negara kita masih terkawal, tetapi jika rasuah tidak dibendung, ia akan menjadi barah.”