Nepal sedang bergoncang ketika ini apabila tunjuk perasaan besar-besaran sedang berlangsung di seluruh negara.
Tunjuk perasaan yang diketuai oleh Gen Z ini telah menyebabkan 19 orang, kebanyakannya pelajar maut dan ratusan lagi mengalami kecederaan.
Baca Juga:
- Tunjuk Perasaan Rakyat Indonesia Di Jakarta, Ini Yang Ada Perlu Tahu

- Indonesia Tuding Pihak Asing Cetus Rusuhan Di Indonesia
- Rakyat Indonesia Serbu Luar Negara, Malaysia Jadi Destinasi No.1

Perdana Menteri, K.P. Sharma Oli meletak jawatan pada hari Selasa selepas beliau akur dengan desakan dari pada penunjuk perasaan.

Apa Yang Menyebabkan Gen Z Nepal Riot?
Awal mula kepada kekecohan ini kerana Nepal menyekat akses kepada beberapa platform media sosial, termasuk Facebook, X dan YouTube, selepas mereka gagal mendaftar dengan pihak berkuasa.
Ini menyebabkan ramai generasi muda tidak berpuas hati dan mereka akhirnya turun ke jalanan untuk mengadakan protes.

Selain itu, mereka berasa kecewa dengan situasi politik, rasuah di kalangan pegawai kerajaan dan menteri, kemiskinan serta kos sara hidup yang semakin meningkat.
Beberapa video di TikTok menunjukkan rakyat yang hidup dengan perjuangan sukar sementara menteri dan keluarganya menjalani kehidupan mewah dan ke luar negara.

Nepal telah bergelut dengan ketidakstabilan politik dan ketidaktentuan ekonomi sejak protes membawa kepada pemansuhan monarkinya pada 2008.
Kerajaan berkata mereka akan menghulur bantuan untuk keluarga mangsa dan menyediakan rawatan percuma untuk mereka yang cedera.