Hari ini Perodua melancarkan platform gaya hidup digital yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi mudah alih.

Dikenali sebagai P-Circle, aplikasi super itu merangkumi fungsi-fungsi gaya hidup, kewangan, komuniti dan mobiliti.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, pelancaran P-Circle adalah langkah strategik untuk menjadikan mobiliti sebagai satu gaya hidup, seiring dengan transformasi digital industri automotif, petik Berita Harian.

P-Circle, Apa Anda boleh Buat Dengan 'Super App' Pertama Perodua?

P-eDuit

Dompet pintar yang mempermudahkan urusan kewangan seperti pembayaran bil, membeli-belah dalam aplikasi, dan pengecasan EV dengan mudah.

P-Rewards

Pengguna boleh mengumpul mata ganjaran atas pembelian dan tebus untuk hadiah eksklusif.

P-Charge

Boleh semak lokasi, pembayaran dalam aplikasi, dan kawalan pengecasan kenderaan EV.

P-Connect

Kawal, urus dan pantau kereta EV dari jarak jauh melalui P2U.

P-Entertainment

Akses saluran TV, filem, siri, dan drama keluaran Perodua.

P-Circle, Apa Anda boleh Buat Dengan 'Super App' Pertama Perodua?

P-Home

Jadikan rumah pengguna pintar dengan kawalan mudah pengurusan peranti berpusat, automasi dan akses jarak jauh.

P-Chat

Mempermudahkan hubungan dengan pemesejan, perkongsian multimedia dan banyak lagi.

P-Health

Untuk jadikan pengguna lebih sihat, aplikasi ini menyimpan data kesihatan, penjejakan aktiviti, dan ‘Cabaran Bulanan’.

P-Circle, Apa Anda boleh Buat Dengan 'Super App' Pertama Perodua?
Sumber Gambar: Perodua

“P-Circle menawarkan mobiliti sebagai gaya hidup kerana ciri yang ditawarkan merangkumi sebahagian besar perkhidmatan dalam talian kami di bawah satu aplikasi super,” katanya dalam satu majlis pelancaran di sini, hari ini.

“Kami menjangka integrasi seperti ini akan menjadi lebih kukuh beberapa tahun akan datang dan kami mahu membuktikan bahawa PERODUA mampu berinovasi dengan menyediakan semua perkhidmatan yang diperlukan pelanggan, selaras dengan falsafah ‘We Go Beyond’,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, masih ada beberapa fungsi yang belum aktif sepenuhnya.

Sementara pengecas untuk EV pula hanya ditunjukkan operator yang sudah menjalinkan kerjasama rasmi dengan Perodua.

Anda boleh cuba sendiri dengan muat turun dari App Store atau Google Play Store.

Sumber