Seorang wanita, Nagakanni Subramaniam menyatakan kekecewaannya selepas kereta Perodua Bezza yang dia beli terus rosak dalam masa 8 jam selepas dia menggunakan kereta itu.

Nagakanni meminta Perodua untuk menggantikan kereta Bezza tersebut dengan kereta baharu. Namun Perodua tidak dapat melakukannya setakat ini atas alasan, kerosakan enjin kereta itu kerana ada unsur asing dalam keretanya seperti gula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nagakanni keliru dengan penjelasan itu. Kerana dia langsung tidak membeli apa apa makanan atau gula di dalam keretanya dalam tempoh 8 jam tersebut.

Daripada gambar yang dimuatnaik Nagakanni keretanya baru berjalan sekitar 46km.

Nagakanni Subramaniam menulis: “Beli Perodua Bezza 1.3X, bayar bulan-bulan, tapi tak boleh guna kereta.

“Ini kisah saya tentang kereta Perodua Bezza yang saya beli. Beli 8 jam, terus rosak.

Dah lebih 2 bulan, masih takde jawapan dan tak selesai. Lagi sedih, saya masih kena bayar bulan-bulan RM537 walaupun kereta masih rosak.

“Mohon rakan-rakan untuk share kisah ni supaya hak saya terbela.

“Ini kronologinya.

17 Oktober 2023:

“Saya beli kereta Bezza 1.3X dari Pusat Jualan Harapan Terang Motor Sdn Bhd Segamat pada pukul 11 pagi. 8 jam kemudian, pukul 7.40 malam, bila saya start enjin, kereta dah tak hidup.

18 Oktober 2023:

“Kereta saya di-tow ke Pusat Servis Perodua Segamat. Pomen di Pusat Servis bagitahu yang enjin kereta saya dah rosak.

18 Oktober 2023 (hari yang sama):

“Saya telah request Perodua untuk ganti kereta baru. Saya diminta untuk menunggu keputusan dari HQ Perodua yang memerlukan waktu dua minggu hingga satu bulan.

9 November 2023:

“En Sufian Customer Sales Executive dari HQ Perodua call saya. Dia kata, menurut penyiasatan awal, enjin kereta saya rosak sebab ada benda asing seperti gula. Dia kata material tersebut tak digunakan oleh Perodua.

“Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh 8 jam tu, apatah lagi nak usik enjin.

15 November 2023:

“En Sufian kata saya kena buat loan baru dulu untuk kereta baru.

“Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia settlekan loan lama saya dulu. Sebab sehingga hari ni, saya masih bayar loan kereta tu.

4 Disember 2023:

“Salesperson dari Pusat Jualan Harapan Terang minta dokumen dari saya untuk membuat pinjaman kedua. Saya tolak permintaan tu sebab pinjaman pertama saya masih belum selesai.

8 Disember 2023:

“Customer Service beritahu bahawa Final proposal belum dipersetujui, dan Perodua sedang selidik kesilapan dalaman. Atau kata lain, mereka belum boleh bagi black and white approval untuk tukar kereta saya dengan kereta baru.

02 Januari 2024( hari ini):

“Masih belum ada apa-apa jawapan (secara black and white) daripada Perodua walaupun dah lebih 2 bulan. Tapi saya masih kena bayar loan setiap bulan.

“Saya harap sangat kawan-kawan Facebook dapat share posting ini supaya Perodua dapat selesaikan isu ini. Saya hanya lawan untuk pertahan hak saya.”

Perkongsian Nagakanni mendapat perhatian daripada netizen yang simpati dengan nasib menimpanya. Dan mereka berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan lebih baik oleh Perodua.